Ahad, 24 Oktober 2010

DUA DIMENSI -FINALE

“Hello Gina. Esok saya tak masuk ke pejabat. Batalkan semua temu janji saya pada sebelah pagi ya.”

Anak-anak yang mendengar dengan penuh tekun bersorak gembira. Sheila hanya tersenyum. Apalah anak-anaknya yang kecil itu tahu. Lekas-lekas dia menyuruh mereka membersihkan diri. Malam ini seperti biasa mereka akan mengikuti kelas Tilawah di surau berhampiran. Sudah menjadi rutin harian mereka. Biar penat macam mana sekalipun dia, dia tetap meluangkan masa untuk mereka. Rohani mereka harus terisi. Dia tidak mahu anak-anaknya jahil tentang agama. Masa depan anak-anaknya tidak harus dia perjudikan. Anak-anaknya yang masih kecil itu perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Sekali terabai, tidak mustahil jiwa mereka akan memberontak. Dia harus peka dengan setiap kemahuan anak-anaknya. Setiap keinginan mereka, seboleh-bolehnya dia mahu tunaikan. Biarlah dia yang berkorban. Dialah satu-satunya ibu dan bapa kepada mereka.Inilah harga yang perlu dia bayar untuk sebuah ikatan yang terlerai.



DUA DIMENSI III

Pagi itu, dia bersiap-siap ke kursus yang diadakan di sebuah hotel terkenal di selatan tanah air. Suaminya awal-awal lagi sudah keluar. Anak-anak, dia yang terpaksa hantar ke sekolah. Geram sungguh dia dengan sikap suaminya yang seakan sengaja membebankannya supaya dia tidak pergi menghadiri kursus itu. Mujurlah kursus hanya akan bermula pada sebelah petang. Tidak apa-apa jika dia terlewat sedikit mengikut sesi pengenalan. Dia harus tabah dengan dugaan ini. Tidak mungkin dia membiarkan anak-anaknya tidak bersekolah. Damia juga dihantarnya ke rumah jiran yang juga pengasuh anak-anaknya. Sepanjang perjalanannya menuju hotel, tidak putus-putus makian yang diterima daripada suaminya. Dia sudah lali. Dia pernah terima lebih teruk daripada itu. Dia wanita cekal, tidak mati dek makian.

Namun satu SMS yang baru diterimanya ini benar-benar membuatkan dia menangis. Dia tidak tahu mengapa Adam bersikap seperti mereka ini baru saja bernikah. Bukan sekali dia buktikan kesetiaannya pada Adam, dan bukan sekali juga dia terpaksa membatalkan kursusnya pada saat-saat akhir atas desakan Adam. Namun dia langung tidak dihargai dan Adam langsung tidak pernah berubah. Pemanduannya diiringi air mata yang menjadi teman setia. Air mata itu sudah lama bersama-sama dengannya, ketika dibelasah Adam, ketika dimalukan Adam di hadapan kawan-kawannya. SMS berbunyi “kau pergi kursus juga, jatuh talak satu.Sekarang pilih.” itu dia baca ulang-ulang kali.sesak dadanya dengan ungkapan itu. Entah apa yang merasuk Adam, dia tidak tahu. Dia berhenti di tepi lebuh raya agak lama. Tidak kuat dia untuk meneruskan pemanduan.

DUA DIMENSI II

“ Mama dah pulang dari kerja ya?”

Mati lamunannya. Entahkan bila anak-anaknya sampai, tidak dia sedari. Seorang demi seorang mendapatkan tangannya untuk dikucup. Dia mengangkat tangan pada Pak Khasman yang membunyikan hon. Berterima kasih benar dia pada orang tua itu yang sanggup mengambil dan menghantar anak-anaknya ke sekolah. Soal upah dia tidak pernah berkira, asalkan anak-anaknya dapat ke sekolah dengan selamat dan selesa. Sekolah Seri Setia tidak sehala dengan laluannya ke pejabat.

“ Jom masuk sayang. Mama dah siapkan minum petang. Karipap sardin kegemaran Danish pun ada”

Berlari anak-anaknya menuju ke dapur. Dia hanya menggeleng sambil tersenyum. Bahagia anak-anaknya adalah bahagia dia. Masing- masing turun ke dapur setelah menukar pakaian. Sudah dia asuh begitu sejak mereka kecil. Kuih muih di dalam piring dijamah dengan penuh berselera, terutamanya oleh Danish. Dia tidak pernah lupa untuk membeli kuih-muih kegemaran setiap seorang daripada mereka sekembalinya dia daripada pejabat. Dia lebih selesa menghabiskan waktu bersama anak-anak walaupun kerap diundang makan di luar bersama rakan sejawat. Bukan dia mahu menyombong, namun dia tidak mahu mensia-siakan sedetik pun waktu bersama anak-anak.. Hanya anak-anak harta yang dia ada. Tambahan pula dia tidak mahu anak-anaknya berasa terabai. Dia arif benar dengan perasan yang satu itu. Bertahun- tahun dia telan rasa itu.

“Mama, esok ibu bapa kena hadir untuk tandatangan buku rekod sekolah. Cikgu pesan, Mama kena hadir kali ni. Dah banyak kali Mama tak pergi. ”

Kasihan benar dia pada anak-anaknya. Sudah acapkali benar dia tidak ke sekolah untuk mengambil buku rekod anak-anaknya. Jika dahulu, pasti dia dan suaminya akan bergilir-gilir ke sekolah untuk bertanya tentang prestasi anak-anaknya. Kalau dia ada urusan penting, suaminyalah yang akan ke sekolah. Begitulah sebaliknya. Dia tahu, dia harus mengambil cuti untuk tujuan itu. Dia tidak mahu anak-anaknya berasa malu dengan guru dan kawan-kawan mereka. Sebolehnya dia mahu mereka berasa lengkap. Dalam pada itu, dia harus mengorbankan sedikit masa. Biarlah kerjanya menimbun di pejabat, dia akan selesaikan walaupun pada hari cuti nanti. Pelajaran anak-anak tetap prioritinya,

“ini surat apa lagi hah?”

Bagaikan halilintar membelah bumi, nyaring suara Adam menjerkah dia. Mujurlah anak-anak kesemuanya telah tidur. Damia yang sedang lena terbangun dan merengek-rengek mendengarkan tengkingan itu. Cepat-cepat ditidurkannya semula. Hatinya begitu gerun mendengarkan jerkahan itu. Dia tahu punca kemarahan suaminya. Dia tidak ada pilihan lain. Adam suaminya. Dia harus tahu tentang surat tawaran yang baru Sheila terima daripada bosnya tadi. Isnin ini dia diminta mengikuti kursus di ibu kota. Dua hari saja, itupun dia langsung tidak meninggalkan daerah. Sekitar ibu kota Johor Bahru juga. Pening dia memikirkan kemarahan Adam. Sheila sebolehnya mahu menurut kata Adam, namun dia juga mahu mempertahankan kerjaya yang ama dicintainya. Adam yang dikahwininya 13 tahun yang lalu atas dasar cinta, sudah banyak berubah. Kali ini dia berdoa agar Adam tidak memungkiri janjinya untuk tidak mengasari dirinya dan anak-anak lagi. Lelaki berumur 39 tahun itu tampak bengis. Cemburunya bukan kepalang. Sejak tiga tahun lepas, cemburu Adam semakin menggila. Bukan sekali dia ditampar kerana keluar berurusan dengan kakitangan lelaki di pejabatnya. Dia haruslah profesional, dan tidak mungkin dia dapat menolak setiap kali diminta bergandingan dengan kakitangan lelaki yang lain atas sebab kerja. Tambahan pula tidak ramai kakitangan wanita yang sejawatan dengannya. Dia tiada pilihan. Memanglah gaji Adam cukup untuk menampung mereka sekeluarga, namun kos membesarkan anak-ananknya yang berempat itu bukanlah murah. Sheila juga menyara ibunya di kampung. Dia mahu anak-anaknya hidup selesa.

DUA DIMENSI I

Baju- baju yang baru diangkatnya daripada jemuran dilonggokkon di ruang tamu rumah. Cuaca yang begitu terik menggigit-gigit kulit kuning langsat miliknya. Perlahan-lahan dia menarik nafas sambil bucu lengan baju kurungnya laju menyeka peluh yang memercik di dahi. Dia tidak berlama-lama di ruang tamu. Sekadar menutup suis kipas, bergegas dia keluar ke halaman semula. Pokok-pokok yang bergantungan di anjung rumah kebanyakannya sudah kekuning-kuningan. Dia tidak punya banyak masa. Banyak lagi tugasan yang menuntut perhatiannya. Hendak diharapkan Daniel, dia faham kesibukan anak sulungnya yang kebuntuan waktu itu. Manakan hendak ke tuisyen, menyiapkan kerja rumah, ditambah pula dengan kelas Piano yang dihadirinya. Kadang-kadang dia risau anaknya itu tidak dapat menumpukan perhatian terhadap UPSR yang bakal diduduki hujung Oktober ini, lantaran kerap menghabiskan waktu dengan menolongnya di dapur, bercerita itu ini, dan melayan karenah adik-adik yang seramai tiga orang itu. Mujurlah Daniel anak yang menurut kata dan lebih cepat matang berbanding usia sebenarnya. Mungkin anaknya itu mengerti situasi yang dia harungi.

Sambil menunggu van Pak Khasman yang mengambil anaknya dari kelas KAFA, dia lduduk di kerusi kayu yang berukir kemas di suatu sudut halaman rumah. Satu-persatu sudut rumah yang kaku dia perhatikan. Sungguh sunyi dunia dia rasakan pada masa itu. Kalau ada Damia, mungkin lebih terisi waktunya. Tidak sabar sungguh dia nantikan hujung minggu itu. Damia ditinggalkan bersama ibunya di Kampung Teluk Ketapang. Ibu mana yang tidak rindukan anaknya. Tambahan pula Damia satu-satunya puteri yang dia ada, sudahlah comel, keletah pula. Petah sungguh walaupun pelat. Tanpa dia sedari, bibirnya menguntum senyum. Tidak pernah jemu dia melayan karenah Damia yang baru tiga tahun itu. Dia semahunya tidak mahu terpisah dari anaknya yang seorang itu. Namun dia akur dengan hasrat ibunya yang tidak mahu anaknya itu dibesarkan orang yang tiada langsung pertalian darah dengan mereka. Dia harus akur, tambahan pula tidak mudah mahu mencari pengasuh yang benar-benar boleh diharapkan di kota Johor Bahru ini. Lagipun dia tidak begitu mengenali jiran-jiran di kawasan kediaman yang baru didiaminya tiga tahun yang lalu. Desakan tugas menuntut dia menghabiskan sebahagian besar masanya di pejabat. Dia tidak mahu anaknya terabai, dan ngeri apabila dia membayangkan kemungkinan anaknya didera.

KESEMENTARAAN

Ke hadapan dunia yang membinatang,

Engkau nampak tidak anak itu?
Sendirian dia teresak menghambur pilu
Engkau nampak tidak anak itu?
Meluah rasa pada sang langit biru
Engkau nampak tidak, jiwa anak itu disedut kaku?
Nyawanya tanpa henti diragut beku
Teruskan melangkah anak! Biarkan mereka di situ
Angkat perisaimu anak, jadikan peluru itu kebal olehmu
Rasa perit ini takkan selamanya harus kau hidu
Apa kau harus tunduk dan terus selamanya menyerah melulu?
Anak,sekental besi waja,tak mengenal mati, menjulang semangatmu
Nantilah,kau tunggu naskhah gembira itu, anak-anak Gaza sayang

KAU DAN AKU

Kelihatan jelas lewat kerlingan itu, mata dia yang membasah

Aku tenung sepasang mata tua itu yang penuh sarat dengan cinta
Untuk apa air mata itu bonda? Untuk apa?

Derita kelmarin aku usir, aku biarkan ia dimamah api
Apakah aku harus selamanya di sini,terperuk lalu terus mati?
Neraka dunia ini bukan pinta aku, mereka yang beri

Aku ada bonda, kekasih ulung tempat aku meluah rasa
Ketika aku dimaki,dikeji, tetap juga bonda di situ menyapa mesra
Untuk kamu, cinta aku ini takkan pernah dapat dunia ubah

KEHIDUPAN

Kehidupan ibarat kanvas-terlakar berjuta warna

Esak tangis dihambur dengan setiap bahasa yang sepedas-pedasnya
Hilai tawa bertebaran dihembus angin ke segenap pelosok atmosfera
Inilah dunia,
Di langit hujung sana pelangi jingga
Untuk apa diratap penuh hiba, digonggoi penuh derita
Pasrahkan saja takdirmu, usah dipekikmaki segala
Angin itu akan siulkan kau khabar gembira
Nilaikan hatimu dengan kilauan emas permata

NOSTALGIA

Kisah semalam di tempat itu, sesuatu yang mahu dia hilangkan
Amarah itu sudah mati, tidak lagi menghuni sudut derita jiwa dia.
Saat itu, semua mata keji memandangnya
Tidak pernah terfikirkan, begitu jelikkah dia di mata mereka?
Tahu tidak mereka itu, hati dia sudah terlalu amat pada remuknya
Apakah harus dia dipersalah untuk setiap malang yang datang menduga?
Mana mungkin hatinya terus kebal pada setiap caci maki yang menghina
Masih ingat dia pada Subuh itu,bertapak dia menyusur meninggal derita
Apa perlunya dia membagi hati untuk terus dimamah serigala
Kisahnya di tempat itu, satu-satu,ke dalamnya laut dia tanamkan

NEGARA

Ngeri apabila dia bayangkan hujanan peluru yang menggila
Entahkan apa nasib semua kalau tanah itu tertawan
Gentar hatinya mahu diperjudikan nasib bangsa
Amat tinggi cintanya pada tanah air tak terbandingkan
Rasa itu terus menyala,membakar obor semangatnya
Akan dia pertahankan daerah itu, kedaulatan itu dia junjungkan

MANUSIA

Apakah kau tidak sedar ini dunia kecil aku?

Ini jalan cerita aku, biar aku kisahkan sendiri
Semua tuding jari, semua mahu itu ini
Untuk apa dipuaskan hati mereka-mereka?
Nak diikutkan telunjuk semua, aku takkan ke mana
Apakah perlu selalu aku tunduk merendah diri ?
Manusia seperti serigala, selamanya mahu meratah jiwa aku.

BAHAMAN

Anjung rumah itu gegak gempita dek tempik mereka

Hati-hati yang rundung, dia pegang dan dia pandu
“Amanat ini harus kita jaga, kita pelihara!”
Masing-masing menjulang semangat menyahut setuju
“Anjing-anjing ini harus kita usir, ini tanah kita!”
Nasib peninggalan temurun yang terjajah, menjadi sumbu
Bahaman, tidak sia-sia darah yang kau tumpahkan, pada akhirnya

TUHAN

Tidak siapa mengerti derita yang dia rasai

Untuk dia meneriak melaung derita, tidak sesekali
Hari-hari, di atas tikar kecil,dia berlagu pilu seorang diri
Apabila mereka mencebik, menghina,menyakiti
Nalurinya makin kuat, dia tetap bertuankan yang hakiki.

ALAM

Alam tidak pernah berhenti menduga rasa


Laut tidak pernah jemu menghempas gelora

Angin tidak pernah serik menghembus derita

Malam tidah pernah henti menghirup nyawa

AKU

Aku gadis yang pernah diusir kau pergi
Ketika di luar, dunia memandang aku keji
Untuk apa dimahukan diri aku lagi?

Sabtu, 16 Oktober 2010

gagah

mohon untuk terus digagahkan diri, terus dikebalkan hati.

mohon tidak ranap penuh hina, jatuh penuh cela.

untuk setiap calar yang terhadiahkan, sentiasa ada harga.
untuk setiap curiga yang terhadiahkan, sentiasa ada luka.
untuk setiap kasih yang disampahkan, sentiasa ada padah.

saban kali aku kesalkan tentang kasih yang tak kesampaian.tentang cinta yang mati di permulaannya jalan.
tidak sekali-sekali aku kisahkan tentang taman yang dibaja hari-hari.
ironis.

*******************************************************

karma.
indah tapi perih

apa rasa kau bila kau beriya kesalkan kasih yang sudah terhenti. apa rasa kau bila kau hebohkan tentang kerinduan yang tak tertanggungkan?
apa rasa dia?

apa rasa kau bila dia beriya kesalkan kasih yang sudah terhenti. apa rasa kau bila dia hebohkan tentang kerinduan yang tak tertanggungkan?
apa rasa kau?

pedih bukan?

mohon untuk terus digagahkan diri, terus dikebalkan hati.

mohon tidak ranap penuh hina, jatuh penuh cela.

Ahad, 3 Oktober 2010

teknik penceritaan

salam 1Malaysia ( bagi aku kalau terlalu kerap digunakan, ia sudah tidak membawa apa-apa sentimen dan terlalu murah untuk diucapkan.lihat saja kaca televisyen,surat khabar, malah brochure percutian)

bagi aku,

apa yang bakal aku tuliskan ini memang sebenarnya apa yang selalu aku semat dalam hati aku, apa yang aku percaya dan aku pegang.

bahawasanya aku berhajat untuk tidak akan pernah meluah rasa tentang ketidakpuasan hati aku kepada orang lain yang berkisar tentang kekasih-kekasih aku. waima seakrab manapun kita, aku mahu terus tegar untuk terus berdiam.

*tarik nafas panjang

aku boleh saja berkisah tentang konflik pergaduhan aku dan abang aku. dan selalunya cerita aku akan jadi berat sebelah dan aku akan cerita daripada sudut pandangan aku saja. aku tidak akan ceritakan pandangan dia yang katakan aku bongkak, pentingkan diri, pemalas, dan busuk hati. aku tidak akan tahu.

dan aku hanya akan kisahkan tentang dia yang aku rasakan bongkak, pentingkan diri, pemalas, dan busuk hati.

bukan aku tidak langsung ada terguris dan tidak puas hati. bukan aku langsung tak terkesan. tapi aku selalunya akan pilih jalan selamat, aku tutup cerita, aku payah nak ceritakan pada sesiapa. dan aku diamkan.

kalau aku ceritakan kepada kau perihal  kakak yang aku bongkak, pentingkan diri, pemalas, dan busuk hati, dan daripada sudut pandangan aku saja yang jarang amat menyalahkan diri sendiri, apa kata kau?

mesti kau akan kata dia jahat.

dan oleh sebab aku tidak kental untuk segala kejian kau untuk dia, aku mesti akan rasa panas hati sebab kau tak layak kutuk dia. padahal aku yang beriya buka cerita.

jadi untuk kau yang seperti aku, berhati tisu, jangan buka jalan untuk semua kesayangan kau dikeji. lebih baik diamkan diri sebab kau tak akan tahu apa respons mereka. apa kata mereka.

dan aku lebih suka mendengar daripada bercerita. dan aku rimas untuk dipaksa bercerita tentang abang aku, kakak aku. aku rasa inilah sebab kenapa kadang-kadang manusia  meletak jarak untuk terlibat dalam hidup orang lain kerana seperti aku, ada yang tidak suka kau terlibat dalam hidup mereka.

kerana, aku tidak mahu jika aku mula bercerita tentang abang aku,kau akan katakan...

"oh, abang kau yang busuk hati tu kan..."

inilah padahnya yang aku mahu elakkan.

Rabu, 29 September 2010

ulangkali

ulangkali dengki, ulangkali iri hati, ulangkali mati.

mati.mati .mati.

dan sebagaimana sirih rindukan gagang, sebegitu aku pada dia.

dan ini bukan kisah Raden Putri Gumilah Sari yang terhalang kasihnya untuk Hang Tuah, yang tentu pada hatinya peri perasaannya.

 untuk mati dan bangun dan mati lagi, dan bangun, dan terus mati, tiada sakti itu pada aku.

Jumaat, 24 September 2010

hati besi

apa rasa kalau ada hati besi, tak lut dek rindu, tak tembus dek cinta?
apa rasa kalau ada hati besi, tak mati dek dengki, tak ranap dek iri?
apa rasa kalau ada hati besi, tak punah dek dendam, tak musnah dek curang?
apa rasa kalau ada hati besi, tak calar dek kecewa, tak koyak dek dusta?

pada hakikatnya takkan ada cengkerang besi untuk baluti sekeping hati bersifat span, menyerap segala, menyerap semua- rindu, cinta, dengki, iri, dendam, kecewa, curang, dusta.

wahai hati,
ayuh berhati-hati,
dia bukan milikmu lagi,
momen kamu dimamah api,
rindu kamu ditolak ke tepi,
kasih kamu diusir  pergi,
cinta kamu dibunuh mati.

apa rasa kau di tempat aku dulu?
apa rasa kau melihat aku?
apa rasa kau dipegang dimahu?
apa rasa kau dibilang rindu?
apa rasa kau dimanja diperlu?
apa rasa kau di tempat aku dulu itu?

seperti nelayan, takkan lupa dek hanyir ikan,
begitu hati takkan merah dengan dendam.

keluarkan hati dari crengkerang besi,
tonyohpijakhempas takkan hilang  rasa yang satu.

Tanda-tanda penuaan bukan saja di muka.

Aku rasa, aku sudah cukup tua untuk :


1. MeNuLis SePerTi iNi.

each time aku nampak di Facebook, dapat msg ke, emel ke, blog org ke, aku selalu rasa yang orang tu bertuah sangat sebab dikurniakan masa yang begitu banyak. Dah la update status kat fb selalu, rajin pulak nak taip besar kecik, besar kecik fonts tu. Kalau aku, maaflah. Kalau banyak sangat masa pun, baik aku tidur ke.



2. Aku makan naci jew. Kaw makan apew.

Ok, yang ni aku menyampah jugak tahap gaban. Mana tidaknya, umur dah 24 tahun, cakap nak pura-pura pelat. Mana la aku tak menyampah. Lain lah kalau lidah kau memang ternyata pendek. Yang peliknya, sindrom pelat kau ni bile taip msg je. Bile cakap, bukan main lancar lagi. Siap ada loghat noghori lagi.



3. Volume tv tahap maksima.

Mungkin aku dah tua atau kau yang tua. Sakit jugalah telinga kalau dengar tv terpasang dengan volume yg stok nak kasi speaker pecah. Mungkin aku dah tua, dah tak dapat nak toleransi dengan benda-benda macam ni. Dan mungkin jugak kau dah tua, dan pendengaran pun dah kurang baik. Aku mudah je. Kalau adik-adik atau cousin yang lebih muda, aku bagi dua options je. Tutup atu perlahankan.



4. Hidup dalam keadaan lintang pukang.

aku akan sesak nafas kalau tengok bilik bersepah, rumah bersepah, dapur berkecah. Semak mata memandang. Dan aku akan volunteer untuk kemas. Dan walaupun dah enam kali sapu ruang tamu bila sepupu-sepupu yang kau-malas-nak-marah-bila-bawak-makanan-dan-makan-tumpah-tumpah-di depan-tv sebab kau taknak emak bapak diorang terasa, padahal memang diorang langsung tak pernah larang anak-anak yang degil dan buruk lantak.



5. Untuk takut dengan seterika.

Dulu masa aku kecik-kecik, walaupun seterika tu dah dekat 24jam tak digunakan, tapi aku tetap takut nak sentuh. Nak kata fobia, aku memang tak pernah terkena seterika panas. Berhati-hati mungkin. Tapi sekarang aku sudah berani weyh. Walaupun aku kena tekap di atas iron board dulu, dan aku akan sentuh iron board then baru sentuh seterika.

Khamis, 23 September 2010

cantik

setengah-setengah orang suka yang kurus. separuh lagi suka yang chubby stok peluk tak rasa tulang rusuk.
terpulanglah.

pada aku, semua orang pun ada keistimewaan dan kecantikan yang tersendiri. mungkin dahi kau jendul bak padang rugby, tapi akan ada yang pandang kau cantik.  jangan risau. tak perlu jadi megan fox untuk dipandang  cantik.

dan aku jenis yang rasa setiap perempuan ada cantiknya yang tesendiri, yang natural tanpa tampalan warna-warna palsu yang keterlaluan menutup cela yang membuatkan kau sangat tidak kelihatan real dan palsu. kadang-kadang aku suka muka baru bangun tidur aku yang belum dicuci, ditonyoh dan disental. eh, macamlah muka aku banyak daki,tak.

******************

aku rasa muka perempuan yang jadi bekas kekasih kepada bekas kekasih aku itu cantik, muka melayu.
kawan aku kata tak cantik.gigi jongang. seorang lagi kawan aku cakap, hidung dia cantik. nah, variasi perspektif kan.


dan aku percaya bahawa jika kau ialah secara mutlaknya kau tanpa sedikit pun menjadi Kalsom, kau akan cantik dengan cara kau. tak perlu nak ditenyeh tepung gomak pada muka semata-mata kerana kau selalu makan di kafe dengan Emily yang berdarah campuan, yang secara semulajadi cerah.


*******************

dan jangan kau biar Emily koyakkan kurung moden kau untuk diganti dengan skirt pendek.

kau cantik dengan cara kau.

Rabu, 22 September 2010

antara entry yang terperuk dalam draft

raya bakal menjelang, dan ramdhan akan mengundur diri. nenek dan atuk akan pergi tak lama lagi, berhenti menjengah kami2 anak cucu.

dan like always, most likely people sgt seronok shopping. megasales sana sini. yang bukan melayu pon tumpang shopping sekali. it's megasale people. 1malaysia kan. shopping sama2. nak bertekak pon sama2. sangat lah 1malaysia. aku tak dibayar utk promote megasales kat mana2 ok.

dan antara tempat yg aku suka kunjung is Sogo since byk lah choices. tp kali ni aku taw aku akan tewas dek orang ramai yang lg menggila angkut baju sana, angkut baju sini. emak-emak yang sibuk pilih baju untuk anak-anak dan suami, awek-awek nak belikan baju untuk pakwe-pakwe, dan tak terkecuali jugak brader-brader yang cari baju murah-murah untuk awek. barulah saving kan.

dan sebab tu aku agak gusar ni. bila masa Sogo tak ramai orang? aku bukan lah anti sosial sangat, tapi aku tak gagah sangat nak berlaga bahu dengan perempuan-perempuan yang tengah bernafsu maksimum nak bershopping. dengan jantan apatah lagi. last sekali, aku jugak lah yang ke tepi. dan dengan kakak salesgirl yang muka masam, dah la tak helpful, pandang macam aku tak ada duit je. biasanya aku lagi cerewet dengan salesgirl macam ni. aku bukak lipatan, aku try, aku letak. aku bukak lipatan,aku letak, aku bukak.dan aku blah.

bila jari dan keyboard tidak selari.

bila jari dan keyboard tidak selari kelajuannya, inilah padahnya. taip laju-laju macam hujan turun mencurah-curah ke atas atas atap, tapi kau boleh pergi memerut di jamban sebab nak tunggu satu persatu huruf yang setiap satunya makan masa lebih kurang dua saat muncul di monitor. iya, aku kira. dan  aku di perpustakaan.

pendingin hawa tidak dingin mana, bahang jugak. hujan di luar entahkan reda entahkan tidak.

raya beberapa hari lepas, aku ada terima dua panggilan daripada seorang doktor , majikan tempat aku kerja di klinik dulu. iya, aku pernah kerja dan aku ini tidaklah bodoh sangat untuk diambil bekerja. yang aku lihat, solatnya terjaga, naskhah al-quran dibaca hari-hari.kadang-kadang beri ubat percuma, rawatan percuma terutamanya bagi kroni-kroni dia. membership for a lifetime katanya.

aku memang bitter semasa aku kerja dulu, maksud aku, aku sangat bitter pada sang penagih ubat batuk. sudahlah ketagihan, sebut nama ubat batuk yang hari-hari tuang dalam kerongkong pun tidak betul-betul.

dan aku sedar, hidup ni bukan saja berkisar tentang semayang kau, bacaan al quran kau, zakat, dan haji kau saja. masing-masing ada tanggujngjawab pada agama, tanggungjawab sosial.

dan aku bukanlah oang yang tepat untuk kau datang dan beli ubat batuk daripada aku. aku tak heran nak jual setakat kau melayu, tapi kau islam. aku ni sudahlah solat hujung-hujung waktu, terlepas waktu, amal jariah boleh kira, dan mulut boleh tahan.

dan aku sedar, hidup ni bukan saja berkisar tentang semayang kau, bacaan al quran kau, zakat, dan haji kau saja. masing-masing ada tanggujngjawab pada agama, tanggungjawab sosial.

Ahad, 12 September 2010

kaku

bismillahirrahmanirrahim..
lama juga aku kira aku tak lukis jiwa aku kat sini. naluri blogging pun makin tumpul. dengan sibuknya raya. dengan sibuknya cuci pinggan mangkuk, dengan sibuk mengelap air tumpah, semua menjadikan aku hiper sibuk. itu belum lagi nak dikira menyapu habuk kuih raya yang bersepah di lantai. sungguh, aku lemas dengan suasana ni. mungkin sebab tulah, Islam dah cakap awal-awal, antara syarat mengunjung ialah tidak lebih daripada 3 hari, khuatir membebankan tuan rumah.pada aku, memang sangat relevan, memang! lagi-lagi pada mereka-mereka yang aku rimas.

hari raya takkan bermakna selagi kau kedekut, selagi kau jamu keluarga kaum dengan tidak sepatutnya, selagi kau tamak harta, selagi kau buruk lantak. mintak maaf sekalipun, kalau kau ulang lagi, aku tetap menyampah dengan kau, aku tetap layan kau macam kau-tidak-layak-dapat-layanan-bagus-daripada-aku.

aku bukan jenis tak mengenang budi. aku tak berniat nak bongkak. kalau aku pergi  rumah kau, kalau layan dengan bagus, kau datang rumah aku, apa yang ada semuanya aku keluarkan, makan! tapi bila aku datang rumah kau, roti saja kau  jamu untuk sarapan, dan makan malam aku yang kena belanja kau makan sebab kau tak reti-reti nak masak untuk tetamu yang layak bermusafir, aku menyumpah. aku curi-curi intai peti kau. aku kan keji. aku nak tengok miskin sgt ke kau. sampai roti saja yang mampu untuk adik-beradik yang datang daripada jauh.. aku berazam, aku akan kau datang rumah aku, aku jamu biskut kering saja cicah air kopi.. sebab aku kan keji.. demi Allah, aku tak pernah makan telur rebus seperti di rumah kau. bayangkan, sebiji telur rebus, dipotong halus, 15potong aku rasa. memang cantik. tapi tak termakan pulak aku. padahal, dalam  peti ais kau, segala jenis makanan ada, laut dan darat. karipap segera yang lagi layak dijamu untuk darah daging, berbanding roti kosong.

kalau kau datang rumah aku, memang aku akan buat. tapi ini rumah mak ayah aku. tunggulah aku ada rumah nanti, mesti kau menyesal dengan ikan 4 ekor masak sambal yang dikongsi dua keluarga dulu.

aku akan kurang menyampah dengan kau kalau kau reti beradap. kau datang rumah orang, pandai pulak nak order macam-macam. babi-q lah.  sup tulang lah. itu ini. nasib baik mak ayah aku ajar aku cukup-cukup dulu. kalau tidak, kau makan lah kata-kata pedas aku. kau hadam lah sendiri.  dan tolong lah ajar anak-anak kau supaya tidak buruk lantak di rumah orang. huduh, kau tahu.

dan, tidak. aku tidak akan terlalu mengenang jasa-jasa kau.

fulstop.

Rabu, 25 Ogos 2010

si dungu yang dulu

kenapa mereka-mereka kata cinta pertama susah untuk dilupa?
mereka kata cinta pertama dibawa sampai tua.
dan kenapa dia dengar kata mereka?

hey bodoh,
dia bukan milikmu lagi
cinta kamu dimamah api


dia kembali menjadi dia,
dengan kembalinya manusia itu di atmosfera terbuka itu.
dia kembali menjadi sang pengintip tegar.
dia menjadi sang perindu.
dan dia menjadi sang pendendam.



                                   ***********************************
bodoh.

Selasa, 24 Ogos 2010

Ogos

Ogos telah permainkan hati dia. ogos telah saksikan sekian calar jiwa dia. Ogos saksi kepada kehancuran yang dia rasakan..tidak pernah dia rasakan kesunyian  dan kesendirian seperti yang dia rasakan saat ini.

Ogos bakal menyaksikan separuh kesayangannya berlalu pergi meninggalkan dia.
Ogos akan menyaksikan dia keseorangan tanpa mereka-mereka yang terlekat lewat hati dia
Ogos pasti menjadi saksi kepada jiwa kosong itu.

Ogos akan menyaksikan ungkapan selamat dia kepada penenang-penenang hati dia.
Ogos akan menyaksikan janji-janji antara separuh jiwa dia dengan separuh yang lain.
Ogos akan menyaksikan rapuhnya jiwa dia ditinggalkan sendirian.

mungkin Ogos akan turut jadi saksi dia pergi.
mungkin Ogos akan jadi saksi hiba keluarnya melepas dia pergi.
mungkin ogos akan jadi saksi jiwa dia terbang ke sana, demi sebuah cita-cita.
semuanya mungkin jika dia tidak kandas detik itu.


Ogos-ogos sayang yang lain,
biarlah biarlah dia miliikan kau.
ogos ini bukan miliknya lagi.


my other half

they are leaving me
all by myself
i have no one to turn to
i have no one to talk to

silence is left

daerah haram untuk hati hitam

aku agak bz lately dgn exam yg berlarutan.memenatkan.
and im thinking of terminating my old account for my broadband..will get a new one sooner.

aku sgt bersyukur sbb aku tak delete blog ni lepas disalak anjing2 liar.kurap.
takkan runtuh aku disalak anjing.
takkan rabak aku diherdik serigala.

ini tanah aku.
daerah aku.
berambus, syaitan!

lesson learned:
kalau nak msg cpt sampai, pada title, makikan dia terus tepat ke matanya.

kat blog aku, ada banyak gmbar kwn2 aku.bukan gmbar aku semata. busuk2 aku, hina2 aku, aku ada rasa tanggungjawab utk tak biarkan diorang disentuh anjing.
cukuplah gambar aku je ditatap ratusan jiwa lahap.

makikan saja aku.
hinakan saja aku.
takkan jiwa aku mati
semangat aku besi
tak mengenal henti.

ini tanah aku.
ini daerah aku.
jiwa-jiwa yang laparkan manusia,
maaf.
kau takkan capai jiwa aku lagi.



Jumaat, 13 Ogos 2010

selamat hari jadi SAYANG

selamat hari jadi sayang. kamu manusia yg terbaik penah saya kenal. kamu orang paling baik pernah saya jumpa. kamu orang yang paling mulia pernah saya jumpa. kamu mempunyai hati yang paling baik. saya mahu hidup sampai akhir hayat dengan kamu. saya akan pastikan saya akan bahagiakan kamu. insyaallah. saya akan buat apa saja untuk kamu. saya akan jual roti terakhir saya untuk pastikan kamu akan dapat apa yang kamu mahu. insyaallah. saya mahu kamu bahagia dengan saya. saya mahu kamu sayang pada saya sampai ke akhir zaman..saya mahu sayang kamu tanpa sedikit curiga dan ragu. saya mahu kamu bawa kasih saya sampai ke kubur. saya mahu ada pada setiap saat dalam hidup kamu. susah atau senang.

selamat hari lahir, bonda.

*baru je tulis pasal mak, mak telefon. terpaksa tarik nafas dalam2, n kesat air mata. seolah2 mak akan nampak air mata aku. suara aku ceriakan wlpn lain. mak tetap dapat detect kelainan aku.

time balik rumah baru2 nih, mak layan aku macam puteri raja.
aku rasa terharu wlpn sangat malu dilayan mak smpai mcm tu sekali.
aku bangun2 tido je mak tengah masak tgh hari lauk kegemaran aku.
sambil2 tu, mak goreng keledek, nuggets dan siap hantar ke dalam bilik lagi.
mana nak dapat mak yang murni macam tuh.

tujuan aku tulis nih, untuk ingatkan diri aku.
mana tahu satu hari nanti aku lupa diri, aku buang kasih mak ayah, harap2 aku terbaca kebaikan mak n ayah, dan aku insaf.
tapi semahunya nauzubillah.tuhan tolong pelihara jiwa aku.
tolong pangjangkan umur mereka2.

kasih ibu dan ayah, sampai ke syurga nanti.

hurmm..tak tau mcm mana nak mula.
susah.
rasa terharu.sayu.rindu.semua jadi satu.

ok, main point aku kat sini, cintailah ibu bapa kita lebih daripada segalanya, selepas Allah dan Rasul.
sementara dorang hidup lagi,sementara dorang sihat walafiat,sementara dorang belom nyanyuk, nauzubillah.

cintailah ibu bapa kita bukan saje sbb dorang baik, bagi duit selalu, belikan handphone, belikan laptop.
tapi cintai dorang sebab dorg ibu bapa kita..mmg lah kita takde pilihan utk pilih sapa ibu bapa kita, seharusnya terima seadanya baik buruk dorg. kalau kita boleh pilih ibu bapa masing2, aku rasa, Dr Fazillah Kamsah lebih dpd 20 anak kot.

ok,walau apa pun.aku tetap bersyukur ada mak n ayah yg penyayang. wlpn dorg bukan ibu bapa terbaik kat dunia ni, tapi dorg tetap yang terbaik bagi aku. terbaik yg boleh aku bayangkan.
bukan senang nak besarkan anak yang degil n keras kepala macam aku. memang. aku pon tau aku ni keras kepala. .apa2 yg tak kena kat mata aku, aku akan merajok, memberontak, hentak2 kaki.

benda simple pon aku boleh merajuk..dan, dengan mood yg unexpected, mak ayah layan jugak aku dgn baik.terima kasih yang tak terhingga kerana tetap terima aku sbg anak, wlpn aku anak yg menyusahkan.

waktu kecik, aku anak yg plg banyak buat perangai. aku ingt lg, masa tu darjah empat kot, time tu kat rumah tinggal aku n emak je. sebab bosan, aku merengek2 menangis dekat emak. takde sebab. mak turutkan aku..bwk aku kuar jln2, dulu sebelum tidor, ayah akan urut2 kaki aku.selagi tak urut, aku takkan tidor.banyak songeh.tapi ayah tetap layankan aku.sampai aku besar..

tapi skrg, alhamdulillah aku rse aku dah kurgkan sket ngada2 aku nih. kalau aku marah aku marah or tak puas hati, aku diamkan je. aku fikir perasaan mak ayah. lama2 rasa marah hilang.

aku harap tuhan panjangkan umur mak ayah n seluruh ahli keluarga aku..belom satu pun jasa dorang yang aku balas.

*mata berkaca2.air mata menitik.sungguh.aku lemah.

Selasa, 10 Ogos 2010

ramadhan.

esok 1 ramadhan tahun 2010. hijrah yg ke berapa, aku lupa.hehe.

harap2 bulan ramadhan kali ni memberi keinsafan kepada semua..lebih2 lagi aku yang teramat nyata kejinya.
padahal setiap kali ramadhan pun azam nak jadi baik..tak pe,keep on trying.

nak jadi baik bukan senang, bukan ambil masa sehari,
kalau tak silap aku, 
bapa lukman-al hakim cakap dekat beliau, kalau nak anak2 yg baik dan soleh kita harus jadi soleh sekurang-kurangnya 20thn sblm anak tu lahir.
entah lah.
sory kalau salah.

ramadhan kali ni, aku harap puasa dengan penuh ikhlas, bukan sebab setakat faham bahawa:
ramadhan wajib puasa.
ramadhan kali ni, aku nak kurangkan mencarut,maki.mengutuk.mengeji:
harap sampai bila2.

rindunya nak sahur dekat rumah dengan family.
ohohoho..

aku nak melarang diri aku daripada melawat bazaar dengan kerap.
harap2 nafsu serakah makan ni dapat dikawal. kalau orang lain sebok cakap membazir lah apa kalau gi bazaar, aku nih ada lagi nak kena kawal selain kawal nafsu membeli.
aku kena kawal nafsu nak makan makanan yg aku beli tadi.
time tu jgk.
real temptation kan.


slurppp..

kepada kwn2 yg selalu skodeng blog aku nih,
iaitu NADZIRAH NAJLAA n SYAQIIR,
jangan korek hidung bermula dpd syuruk smpai azan maghrib ok.

Rabu, 4 Ogos 2010

pra-sejarah

aku perhatikan posts lama aku,aku belek2 archive..lama2 baru aku sedar..aku lebih banyak menulis dlm keadaan marah dan sedih..hanya sekali-sekala aku update blog dlm keadaan gembira..tu pon moment gembira tuh dah 3 hari lepas,baru aku rajin nak update..

bagi aku, menulis satu terapi yg sangat berkesan bagi aku..kalau marah, semua pon boleh.nak mencarot,memaki hamun..tak ada siapa yg kisah..selain musik dan tidur, aku prefer utk menulis..kalau mood bosan dan biasa2 je, memang jarang aku update blog,hampir tak pernah aku rasa..

aku benci betol dengan ayat2 blogger sekarang,
"follow aku ok..."
"aku dah follow kau, nanti kau follow aku ok.."
urgghhhhhh..
pergilah mampus dengan follower berjuta-juta kalau kau tak menulis dari hati..
aku tak menulis utk puaskan hati mereka-mereka..jauh sekali nak jadi blogger terkenal..aku menulis untuk
luahkan perasaan aku..buat apa jadi plastik..
aku takkan menulis semata-mata utk org suka..

aku hanya akan follow blog yg betol2 aku klik each time aku online..bukan saja2..follow blog sana-sini,
tapi haram tak jenguk blog tu pon..ade jgk blog yg aku tak follow, tapi memang aku da hafal sgt link die dlm kepala otak aku ni..kadang2 seronok jugak jadi silent reader..

yang paksa2 aku follow blog die,sorry lah..aku tak berniat nak semakkan update for newest post kat dashboard aku..tak payah paksa,kalau aku rasa aku suka blog kau,tiap2 hari aku klik..

follower berjuta pon, masuk kubur seorang jufgak.

monolog

ke hadapan fasha yang sedang bengang,

pertama sekali guwa nak mintak lu renung-renung diri sendiri. renung nasib yang menimpa..suka guwa ingatkan lu bahawa lu ini sememangnya mudah dipijak kepala kerana tidak lain tidak bukan, kebodohan lu sendiri.

lu berkobar-kobar maki hamun  dlm blog konon..tunjuk marah,tunjuk brutal..padahal,hati lembik macam tisu..sekali calar terus terkoyak..lu memang tak guna..apsal la lu bagi hati lu dekat serigala2 tuh..guwa bukan tak kenal lu tuh..cakap nak lebat je..tp kalau member yg pijak kepala lu dtg mintak tolong, nangis2 sket, terus lu lembik..lu lupa ke apa dia dah buat kat lu..?

guwa bukan ape beb..gua geram dgn lu nih..lu kasik muka sgt dekat malaun2 tuh..mana lah depa ni reti nak serik..kalau depa kat atas, depa pijak kepala lu..kalau depa kat bawah, depa jadikan lu payung..bukan lu tak pernah kena..kalau nak mintak tolong lu, hari2 buzz lu kat ym..time senang, lu mati pon dorg taknak amik taw..so xde jadahnye lah kalau lu nak gi reunion jumpa depa-depa perangai mcm keldai ni..

nih guwa nak nasihat lu..kalau lu nak gi reunion ke hape, x pyh la gedik-gedik nak join reunion yg besar-besaran..baik lu jumpa dua tiga org yang boleh terima lu walau busuk mcm mana pon ketiak lu..kalau ade ramai2 pon, berapa org sgt yang betol2 nak jumpa lu..selebihnya, nak meramaikan..baik lu jumpa org yg btol2 nak jumpa ngn lu..yang keep on asking, lu gi reuinon x? yg ajak lu beriya-iya gi reunion..

lu jgn nak tunjuk baik sgt..lu xpayah nak sebok2 jaga hati orang..tuh hati lu tuh..dah calar balar guwa tengok..lu tak payah nak berkawan dengan serigala..nanti lu jugak kena gigit..

lu tak payah nak tunjuk prihatin..lu susah bukan depa nak tolong pon..lu bodoh.
lu dah taw,tapi lu diam je..

dah la..guwa malas nak ckp banyak2 lagi..gua plak angin kang..guwa nak ingtkan lu..kalau lu tersungkur nanti, bukan mereka2 tuh yang nak tolong lu.

Selasa, 3 Ogos 2010

kau yang sangat JELITA

kau memang manusia tak mengenang budi..kau memang sengaja nak kena maki.
hari ni hari kau.tak apa.tunggu kau susah nanti.tunggu.

kawan konon.

ekspresi muka kau.tolonglah.

masa kau susah,tak da itu ini,heh
muka aku jugak kau cari. mengadu itu ini.
pinjam itu ini.

tak apa.
kau tunggu hari kau.

sudahlah.
setakat yang sedikit itupun nak berkira.

nanti jangan cakap aku kejam ok.
nanti jangan marah kalau aku kedekut ok.
nanti jangan kecik hati ok.

Sabtu, 31 Julai 2010

tiada tajuk

pernah tak kau diamkan diri untuk satu jangka masa?
kau duduk dan termenung.
kau lenyap daripada facebook,ym,ms,fs,skype..
siapa yang akan cari kau?
siapa yang akan bilang rindu?
siapa akan tanya macam mana dunia layan kau.

berapa orang cuma?
hanya keluarga?
hanya seorang dua?

siapa yang akan sedar kehilangan kau?
siapa akan sunyi tanpa kau?
siapa yang mahukan kau?

cintai  yang sedikit itu

Khamis, 29 Julai 2010

main point aku.

aku memang ada masalah ni..kalau aku da start jumpa blog yg agak best, yg boleh rangsang minda aku konon2, aku susah utk tak baca sampai the very first post..sampai blog aku pon bersawang..sampai semayang jumaat aku tak pergi, sampai dah makan lupa nak cuci tangan..
ni bukan main point aku..

aku plg benci kelas pukul 8am..dah lama aku tak bangon pagi...sudahnya aku letgo kelas 8am..bersiap utk kelas 9am plak..jugak beban bg aku.sudahnye cuci muka buang taik mata, gosok gigi laju2,ak dah tak peduli gusi nak berdarah ke,ade plak ke,karies ke..aku dah lambat..nak tunggu bas satu hal lagi..macam gampang..aku sarung baju lebih kurg..kalau la lecuter tuh sanggup buat kelas utk aku pukul 2am ke, 3am ke..mau aku kasik french kiss..
ni jugak bukan main point aku..

aku benci orang perasan..cik kiah,ai taw lah yu ni cerdik dpd lembu2 ternakan UPM,tp tak payah la nak kasik hebah kat semua..jelik taw tak..dah la NADZIRAH NAJLAA suruh aku kurgkan mencarot..tp mana aku nak tahan kalau hadap muka cik kiah ni..sheet shit betol..tak payah lah setiap kali nak cakap, nak mention kau cerdik..walhal pd mata aku, kau lagi bodoh dpd BABI tahu?
*bukan situasi sebenar
pun bukan main point aku..

kwn sekolah aku yg 5thn (dpd f1-f5) delete aku dpd fren list dia dkt fesbuk..apa jadahnya..konon lah nak kasik bersih konon..abes tuh,budak2 len tuh..ko tanak buang pulak..? ade je lg 45 budak skolah kita yg ade dlm fren list kau..macam la aku taktaw..tuh NADZIRAH NAJLAA ko tak delete pulak..? xpon block jele tros..dia bukan boleh pakai pon..bengang lah..teros aku dah x macho..tak nmpak cm brader-brader la dude, awek cun yg manja cm aku pon ko nak delete..
ni lagi la bukan main point aku.

notakakicagu: jumpa main point x.

Isnin, 26 Julai 2010

cupcakes

teringin nak buat cupcakes..
yg bukan je comel tp jugak nice to eat..

tapi rekod masakan aku mmg teruk..
and rekod seni aku mmg hancur.


Ahad, 25 Julai 2010

kawan-kawan

ini cerita cinta tentang kawan2, tentang peneman jiwa, tentang pemegang kunci hati aku.

sejak kecik,aku memang jauh panggang dari api nak dikatakan friendly.
aku budak comot yg cintakan atmosferanya..
aku tak suka riuh-rendah manusia..
aku benci kenduri kendara..
aku jauhkan diri dari manusia selain keluarga.

nak mulakan perbualan, mmg bukan kepakaran aku
aku cuba jugak, tapi aku akan kutuk diri aku lepas tu
aku akan nampak bodoh ,kekok,kaku, palsu
penamatnya, aku ajarkan diri istilah membisu

aku benci akan manusia.
separuh-separuhnya seperti serigala
semahunya aku diratah jiwa
sebolehnya mahu memijak kepala

aku ada ramai kawan
aku ada ramai kenalan

tapi yang aku junjung,
tetap juga mereka bernama sahabat

jika aku sudah sayang,
aku akan rangkul
aku akan pikul

nah
ambil telinga aku
untuk kamu-kamu
memang tersedia lama untuk kamu,
teman dalam jiwa.

nah ambil jiwa aku
mari kongsi segala derita
mari hebah segala cerita

angin,
siulkan rasa cinta aku buat teman2
lewat suara kamu.

aku tak gusar berteman sedikit
aku tidak endah kawan berbakul

aku cuma mahu kamu kamu kamu
sahabat.

ini cerita cinta tentang kawan2, tentang peneman jiwa, tentang pemegang kunci hati aku.

Jumaat, 23 Julai 2010

cakap tak serupa bikin

perhatian semua;

kalau aku cakap tak serupa bikin,tolong lempang aku laju2.
tapi sebelum lempang,mintak izin dulu.
lempang dekat kaki,bukan muka.


bengang..!!
GRRRRRRRRRR....

Rabu, 21 Julai 2010

kembara ke matahari

hey matahari.
sudah2 lah
dia itu sungguh2 amat perit
terik
pedih.

tidak nampakkah engkau
gadis itu
teresak merenung langit
termangu di tepian batu
melontar kata
menghambur rasa

sudah2 lah diratah jiwa dia
sudah2 lah disedut nyawa dia

matahari.
sudah2 lah
dia itu sungguh2 amat perit
terik
pedih.

Selasa, 20 Julai 2010

aku akan jadi DEKAN

someone,beritahu aku..siapa yg boleh ramal masa depan? 
apa akan jadi pada kau hari esok?

 #betul, aku ambil kos English..Bachelor of Art in English to be specific..kau tanyalah aku berapa puluh kali,aku nak jadi apa,lecturer ke..grrrrrrrrrrrr....*ketap gigi*
aku memang buntu..in fact,kalau aku sudahkan degree aku nih pon dah rahmat besar..
ok,aku nak jd Puan Doktor.dats it.sejak aku umur 8thn.


aku paling kagum dengan keyakinan kau..macam mana kau boleh yakin dengan sedalam-dalamnya bahawa kau akan jadi guru Pengajian Am Tingkatan 6?
kau mungkin akan ajar kajian tempatan darjah 5..
sebab bagi aku,kos yg kau ambil terlalu general.
it can fall into any branches.


pada aku,benda ni simple je.
kau ambil kos architechture di UKM ke, x semestinya ko akan jadi MR ARKITEK yg berjaya..
kau mungkin akan jadi SECRETARY,CLERK,or even GRO..


tapi kau orang paling yakin pernah aku jumpa.bagus.
kau ada pergi bengkel keyakinan diri ke?
kalau ada,suggest lah pada aku.
aku pun nak kata mcm ni jugak pada orang lain..
"aku akan jadi DEKAN di fakulti bahasa UPM nanti..
sebab aku amek kos BI"
watdafak.


hey marilah kita amek kos automotive engineering
hey nanti kita boleh kerja jd engineer Audi
he
y kamonlah.

Khamis, 15 Julai 2010

reply

kadang2 kita tak sedar.kadang2 kita tak endah.

#
bedah: aku baru jatuh kat toilet tadi.babi lah cleaner tu.cuci macam gampang je.

leha   : ko kira ok lagi,aku dulu,jatuh depan orang ramai...malu betul...dah la lelaki yang ak suka    tuh gelakkan aku...pulak tuh,hujan renyai2..abes berlumpur baju aku kau tau..mase tu aku form 2..
pot pet pot pet................

kadang2 kita terlalu obses nak bercakap..mulut lagi laju dpd akal..aku jenis tak berkenan sikit dengan fiil macam ni..kalau orang tuh bercakap,biarkan die habis dulu..lepas tuh barulah kita boleh bantai berceramah..die baru bukak cerita 2 minit,kau dah berkhutbah dekat setengah jam..habis keluar kisah lama..bagi peluang.basic.

#
kamal: hujung minggu ni aku nak kuaq ngn awek aku..tak sabaq siot..aku kalau buleh nak die depan mata..hang taw dak, arituh kami pi makan angin..uihh die bukan main manja lagi..dia bagi aku tie kaler kunin..sampai la ni aku simpan dok sayang nak pakai..bla3...bla3..

abu: owh yeke,nice..

kalau dah diulang cerita sampai dekat 4 kali, memang hebatlah kalau kawan kau bagi respons yang memberangsangkan..kau patut perasanlah sebab dia pura2 baru tahu just untuk jaga hati kau..kau pulak cerita macamlah kisah kau terpaling agung sekali..kamonlah.

notakaki: peringatan untuk diri aku.

Rabu, 14 Julai 2010

permulaan

aku baru je sign up untuk kelas Penglahiran Bakat Kreatif yang mana Diha sebut as Penglahiran Bajet Kreatif..tapi not intentionally..tapi ending up kelakar lah.

memang aku selalu nak bakat menulis.nak jadi kreatif.nak tulis sajak.

tapi aku selalu ragu.nak menulis tapi aku terlalu takut aku akan merosakkan seni. sekarang aku sedar,aku tak akan ke mana-mana dengan sikap nih.

blog ni tempat aku.teman aku.
hodoh aku,terimakan saja.

tak perlu dipekiklolong.
aku budak baru belajar.
aku masih terlalu bolong.
dalam melukis dan melakar.

Jumaat, 2 Julai 2010

not much of a problem.

aku selalu ada masalah ni. (aku bukan perempuan yg penuh dgn masalah) tapi kadang2 aku memang takleh nak buat ape lah.

1# aku selalu nak end conversatuion dgn someone.tak kiralah sms,ym,fb,fs,skype,etc..especially bile conversation da berlarut2 sampai 60 comments n ke atas kalau fb, and kalau ym, chat dekat 2 jam..
aku nak end chat, aku takut org tuh terasa..lagi2 orang yang tak berapa nak rapat..so sampai satu tahap,punyalah nak jaga hati orang, aku hantar ayat2 bodoh mcmni..

-ok..
-haha..
-owh..

dengan harapan dia akan end the conversation.somehow i find it works.


2# aku selalu teragak-agak nak mintak barang aku yang dipinjam oleh orang lain.rasa bersalah sangat. rasa macam aku nak mintak barang orang pulak..dahlah aku mintak dengan malu2,padahal orang yang pinjam tuh relax je..


3# aku selalu ada masalah homesick.ye.kejadah apa homesick.umur pon da 20 thn kan.tapi tulah..home is the best place for me..macam sekarang,aku asek menghitung hari nak balik u..omg.
aku start countdown since awal Jun.ok.sekarang da July.10th of July da nak kena balik.damn.

nak nangis woo..hilang machoo..

Selasa, 29 Jun 2010

go go go..power rangers..

korang  ada cita-cita tak masa kecik dulu?
aku dulu-dulu nak jadi superhero..
superman aku tak pandang..
tuh superhero pujaan faizal tahir..
cicakman takde lagi..
owh,anak aku nanti,
jangan harap mama nak kasi u mimpi jadi cicakman.
tidak.


aku dulu nak jadi geng power rangers.
kaler pink.
*blushing*


haiyakk...


nih geng aku lah konon..

amacam..? lu ada bran nak carik pasai..?

Isnin, 28 Jun 2010

keliru

1#
aku selalu ade masalah nak kategorikan makanan.

cth; aku sedang bermatian nak diet lah konon.tak nak sentuh nasi (pesanan dr rozmey jusmate 5).
oh tak.aku tak beli pon produk die.hehe.soya campur orange? tak loya tekak kau dengar mixture             tuh? aku rasa lagi suck dpd ramuan posyen Neville Longbottom.

tapi dengan selamba badak aku makan bermangkuk-mangkuk nasi goreng. mungkin dr rozmey patut pesan, main ingredient nasi goreng ialah nasi putih. mungkin salah dia.tak syak lagi.

2#
aku rasa tak perlu untuk diingatkan untuk sesuatu yang aku rutin lakukan.ataupun ayat pilihan ialah "aku lakukan secara rutin."

cth: kau kena masukkan jari dalam hidung untuk korek hidung.
* pagi tadi mak aku suruh mandi.aku rasa tuh pun benda rutin. aku pun tak taw nak rasa apa.owh,lupa.itu waktu,jam pukul 2.45 pm.

3#
dulu aku rasa lelaki yang paling kacak kat mata aku ialah Michael Owen.since aku darjah 4 lagi..sampai sekarang.tapi sekarang aku rasa Noh Hujan tuh,omaigod.omaigod. ..

Selasa, 22 Jun 2010

ikan

ayen; sape bubuh pelet ikan nih? (marah)...
aku; aku yang bagi makan td ..kalau aku tak bagi makan, kebulur la ikan tuh (ekspresi muka macam najib tengah pulangkan duit orang kampung)

ayen; agak2 lah..ingat perut ikan tuh besar mcm perut ko ke?
aku; babi...(sambil tarik nafas kempiskan perut)

ps; tapi seryes,aku selalu rasa bersalah kalau bagi ikan mkn sikit2.. aku akan fikir, cukup ke? kenyang ke? lagi2 kalau petang  tuh aku makan KFC ke, aku selalu kesian kat ikan dalam akuarium tuh..x dapat makan.

mungkin ada yang cakap aku gila, tapi..hey,, tak cukup bukti lagi ke, yang aku nih memang baik hati?

heh.oh tak.

Isnin, 14 Jun 2010

dedikasi untuk setiap yang mengaku malaikat.

aku bukanlah nak jadi mean sangat dan nak mengungkit, tapi aku ada rasa bengang dengan orang yang mengaku kawan,tapi...
1. cari aku bila time die susah je..
2. backstab aku.
3. kepala hangin.
4. bossy.
5. judge aku tanpa belas kasihan.

well, ragam manusia macam2.

aku dah mula rasa sangsi dengan manusia2 di sekeliling aku..semuanya bunga plastik.cantik tapi palsu.

i'll trust nobody  but myself.

promises were made, secrets are meant to be kept, but somehow the evil has spoken for you..
so-not-your-fault. it is always the setan. demmit.

aku tak pernah berhenti untuk terus rasa kagum dengan manusia2 luar sana yang dengan setiap lantang bicaranya mengaku lebih arif tentang air jiwa aku, lebih daripada aku sendiri.

diberi mukjizat,mungkin?

*senyum sumbing*

berhenti untuk terus provok aku.

mana mungkin hati aku terus kebal.pada hakikatnya ia fragile.

pada setiap perilaku aku,jangan dihakimi aku.jangan diduga bahasa jiwa aku.

mana mungkin aku gagah di setiap kali dihakimi tanpa ihsan.

berhenti untuk terus melantang memberitahu aku bahawasanya jiwa aku telah tanpa aku sedar menipu aku.
berhenti untuk terus melantang memberitahu aku bahawasanya aku ini bolong.
berhenti untuk terus melantang memberitahu aku bahawasanya kau lebih tahu apa tersirat di dalam seketul darah beku dalam dada aku.
berhenti untuk terus melantang memberitahu aku bahawasanya aku menaruh perasaan terhadap Beckham walhal aku yakin dengan setiap peri perasaan aku,bahawa segenap inci hati aku telah aku sediakan untuk Owen.

*not for literally reading*

berhenti untuk terus menghipnosis aku.

nota kaki cagu; berhenti judge aku.jangan dihakimi aku.

Selasa, 8 Jun 2010

Pada usia 20 tahun,aku masih bodoh untuk...

1. pos surat.seumur hidup x pernah pos surat.
2. bayar bil air,elektrik,telefon..nassebbek broadband bayar on9..hehe..
3.terlalu kaku untuk tolak pintu bank dan seumpamanya yang takde label  "TOLAK" or "TARIK"..kecuali KFC, keyakinan aku mmg 100%..aku pon tak taw mane aku dpt keyakinan yg setinggi tuh..
4. aku masih terlalu hijau untuk buat bajet kewangan sbb penat lelah aku kerja sebulan,aku boleh habeskan dalam masa sejam je..
5. kawen..

Sabtu, 1 Mei 2010

absurd thing

i totally belief that there's a thin line between lies and dishonesty. one should stepped out of those two.

it is sort of fucking hard living in lies, being forced to tell lies, and to be lied.

aku memamng dilahirkan tak percaya dengan orang yang mengatakan wujudnya tipu sunat.

contoh,kau lambat pergi kerja sebab bangun lambat sebab malam semalam kau tidur lambat sebab kau watch porn. then sebab kau takut kene fired, kau kata kau hantar mak kau ke klinik sebab dia kena strok.memang kau tak rasa bersalah sebab mak kau memang dah lama meninggal.

tipu sunat.
tipu mengundang dosa.
sunat mengundang pahala.
hey tolol.
kau pernah belajar add maths tak?
bila positive digabung dgn negative, negative yg dominan.

nah,kan memang langit dan bumi kau cantumkan,

siapa yang membubuh kategori bohong?
bohong sunat.
bohong manja.
bohong terpaksa.
fuck up.

semalam aku berbohong.tapi aku bangga sebab aku tak salahkan keadaan.sebab keadaan tidak salah.aku percaya kita sentiasa ada pilihan.either u like it or not.but u'v got a choice.always.aku yg berbohong.bangang sgt kah utk salahkn keadaan? aku yang salah sebab berbohong.

aku dah tak larat lagi.sumpah.fucking hard.
20 years of adressing myself as a genius, out of sudden, mengaku tolol.
pening.

Rabu, 14 April 2010

picu kebencian

jangan tarik picu itu,
ledakan itu mungkin tiket kau,ke neraka
suntikkan rasionalisasi ke sarafmu
usah bangkit kebencian aku.

benci yang membangsat
melerai hati berpaut rapi
aku terbau toksik
ditebar di segenap nadi.

berakhir lah sudah

BIAR JIWA

biar jiwa

kau bikinku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?
alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku
alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati

tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara

biar
biar
biar jiwa
bersuara

*puisi yang meneman hari-hari bangsat aku.tetap masih.
kredit to fynn jamal.

beri beri persenel

mungkin sebab aku seorang je anak perempuan, aku tak begitu terdesak lah nak kongsi barang dengan orang lain. aku tak perlu berebut dress dengan kakak atau adik perempuan,dan tak perlu juga nak kongsi barbie doll dengan siapa-siapa. tapi standard lah, main sama2 dengan abang dan adik lelaki aku. tapi memang sah2 aku punya barang tuh.

*kes adik laki aku curi2 pakai dress aku kaler hijau tuh exceptional lah.masa tu umur dia dalam
4 tahun kot. sampai sekarang aku nganjing dia. bodohhhhhhhhhh.hahaa..
dah la jantan, pakai dress hijau polka dot aku yang sexy tuh. dah la jual muka kat luar rumah. malukan famili je..nasib baik die maintain jantan. mebi berkat usaha mak aku sorok gaun tuh. dengan aku sekali tak dapat pakai.


ok, dan aku tak payah kongsi kasut sekolah, pencil case, and camisole dengan siapa2. sebab aku memang dilahirkan takde saudara perempuan. semuanya memang khas untuk aku. pencil case sailormoon. dah la sejak daripada dulu aku suka shocking pink. siapa lah nak pinjam barang aku.ahaha.mau kena gelak seminggu kat sekolah.biasalah budak2.

paling best, baju raya aku, aku lah paling banyak.mak aku jahit special untuk aku.mana nak dapat?
owh.tiba2 aku dapat idea.aku nak simpan semua baju yang mak aku jahit, buat kenangan.ok.tunggu aku balik seminggu lagi.hehe.dah kata  aku seorang je anak perempuan, memang lah dapat banyak baju raya. baju kurung paling sikit 3 pasang.manalah aku pandai nak bercatu.

so bila dah besar, aku rasa sikit offended lah kalau terpaksa kongsi benda2 yang tak sepatutnya.
kongsi bilik tuh normal lah. gila offensive lah kalau share bilik kat hostel pon tanak. tapi kalau sampai personal item like sanitary pad aku agak rasa awkward lah kalau diulang2 kongsi,

yang aku maksodkan. aku masih rasa perlu ada sedikit privacy antara aku dan engkau engkau. antara barang2 yang bagi aku sangat personal ialah handphone, laptop, and surely diary.

*owh i had a diary when i was 11.but my big brother read it and told da whole house about it.  i thought chairs and windows insulted me for the secret. and to our relatives too. takde sivik betol.so i tore it down.

kenapa perlu operate laptop aku time aku takde? kenapa kesah untuk belek2 handphone aku time aku mandi? why bother to? i just need some space, called privacy. no matter how close we are, i wont tell u if i have bombed a call girl. i absolutely wont.

so space out. do not cross my privacy line.it is totally absurd.

xoxo

PATHETIC is kau.

kenapa adress kan aku sbg kwn kau, kalo kau sendiri yang tikam aku.
PATHETIC.nak sangat nampak hip and cool..sampai sanggup palit taik kat aku.
haha.
-ketawa sarcastic untuk makhluk PATHETIC macam kau-

serious lah aku kesian.pandai pula ko nak pura-pura ye.yelah,ko memang lah cool.and thanks sebab kau kasik aku nampak bodoh depan kawan2 aku.
kelakar kan, kau siap tolong beritahu random fact yg absolutely salah dpn kawan2 aku.tentang aku.
selama mana yang batil menang? selama mana aku nak belakangkan tuhan?
tapi takpe,jgn risau.
takkan aku nak belasah kau.
aku kebal selagi tuhan ada.

xpe,semalam hari kau.
aku tunggu hari aku,
nanti jangan persoalkan tindakan aku.
aku bukan nak jadi kejam, tapi aku nak tengok ko ade deria rasa tak.
nak tengok ko sakit tak kalo kena tikam depan2.
nak tengok, fragile tak kau.
nak tengok ko kebal ke tak.
heh.
tuhan maha adil.
dia bagi kita cukup2 kat dunia sebab kat akhirat pon kita akan dapat cukup2.


sekarang, aku tunggu masa.
aku harap masa bergerak pantas.
sebab aku dah makin rimas.

..............................................................................................................................................................
Salam dear Fasha,


I've always loved learning. I don't doah this for the certificates. I don't do this entirely for my parents or to impress anyone. I simply love learning. I love the feeling of discovering something new and knowing that you're just a tiny weeny part of this world. I love being surrounded by knowledge; proof of God's wondrous creations. If I do this for my parents, I won't go for arts and language. I'd go for medic instead. If I do this to impress people, I'd go for law. Law makes women look smart in a hotter way, I think. :p And if I do this for the certificates, I'd do my postgraduate right after bachelor. Why work and wait? Collect as many certificates as you can! But no, I don't do that. Frankly, I never give a damn about my results. I just chose what I'd love to study and enjoyed the learning process. Then before I knew it, I scored my papers. It came naturally, you know? First thing first: You have got to love your field and enjoy discovering that very world to the fullest! Anything, or anyone, even knowledge, is beautiful when you're in love with it.


All the best in your exams, insyaallah!


Love,

WRD

*emel yg aku dapat dpd si pencinta ilmu.
aku tak pernah jumpa die, tak pernah makan semeja, tidur sekatil.

................................................................................................................................................................


aku bosan kena jaga hati orang. pernah kau jaga hati aku?
kadang2 aku terfikir, kenapa aku diam kalau tak puas hati.kalau bertekak.
sebab aku malas nak defensive.
lagi baek aku tutup mulut aku, dpd aku keluarkan words yang ko mungkin tak dapat nak lupakan.
words yang ko terbayang setiap kali nampak muka aku.
words yang akan buat ko benci aku walaupun aku puji kau cantik.
nak ke?

dan daripada aku nampak sangat bodoh, baik aku diam. tak kool la dowh.

sangat pathetic la,
kalau kau  mati2 defend totally wrong fact,
bertekak sama aku.
sampai aku pon goyah.
then aku find out fact kau yang salah.
word SORRY haram aku tak dengar.

as for me, SORRY is a wonderful word.
agak2 kalau husband kau nak simbah kau dengan cuka getah sebab kau taknak have sex dengan die, agaknye die boleh kot delay penyimbahan. so sempat la ko nak lari.

dah la.
aku hanya nak habiskan masa aku dengan apa2 dan sapa2 yang tak sakitkan hati aku.
jangan sebab kau, aku semakin benci manusia.

antara sebab aku malas nak beriya-iya bertekak dengan kawan2,
sebab aku jenis susah nak lupa.
sekali kau ludah aku, walaupun kau kesat semula, 10 tahun lepas tuh pun belum tentu aku lupa.
sekali kau tikam aku, walaupun luka dah lama kering, parut tetap ada.sebab aku jenis cepat berparut.
sedangkan lengan aku digigit nyamuk pon berparut, apatah lagi kalau hati aku sengaja dirobek.


dah la.emotionally exhausted.

Ahad, 11 April 2010

hey kalsom!!

perlu ke ko buat statement fitnah berbau longkang lagi hanyir depan2 aku? dah la pasal aku. mana lah aku tak hangin.dah aku dah hangin,persoalkan plak kenapa aku hangin tibe2. setahu aku , manusia memang semua ada otak, walaupon kategori otak udang, still ada otak.


perlu ke ko wat statement cmtuh? memang lah aku diam.tapi dalam hati aku memang menyumpah2 ko taw tak? aku malas nak cakap banyak.kalo aku dah naik angin, memang ko tak dapat lah nak lupakan ape yang aku buat kat ko nanti. tolong la, do  not create story ttg aku dpn orang lain. ko ingt ko cool?


 ko memang pathetic. terpaksa wat fitnah semata-mata nak attention orang lain..semata-mata nak nampak ko cool. blah la weyh..bukan sekali ko exaggerate cerita ok? ape ko memang tak perasan ke yang setiap kali ko make story, aku akan diam. malas aku nak layan cerita tokok tambah ko..fedap ok?


yelah, ko nak sangat orang puji ko kan?
ko memang nak sangat orang condemn aku kan?
PATHETIC.
silakan cerita apa2 aje tentang aku kt org laen. owh jangan lupa, exaggerate lah sekali, so that aku nampak bangang dan ko nampak uber cool.
PATHETIC.

Sabtu, 3 April 2010

marah sungguh cik kiah hari ni.

cik kiah bukan suka sangat melolong terpekik terlolong memaki hamun.tapi hati cik kiah nih,hai tuhan saja yang tahu.cik kiah ni sebenarnye banyak benda lagi nak tulis kat blog nih.tapi disebabkan hati cik kiah nih geram mak datuk lah.

memang lah keje cik kiah nih merayau jalan2 tak dok diam kalo cik kiah tak tido. eh sebelom pak leman di luar sana anggap cik kiah gadis boria bohsia yang suka berpeleseran,baik cik kiah explain awai2.. cik kiah berlegar-legar di dalam kolej jelah..lepas naik level 5, turun level 4, then naik level 5B..eh,bohsia boleh dikategorikan gadis ke? ishkk..bersangka baik abang leman ye..

ha kan cik kiah kau dah berceloteh..amek kau..cik kiah baru je nak turun singgah di watercooler and plan lepas tuh nak melawat haja..untuk kali ke-2 dalam masa 10 minit.cik kiah bukan nak pergi mengumpat, benbincang pasal politkus berfikiran sempit, cuma nak copy adnan sempit je..dengar2 kata david teo untung besar, ber juta2 lemon..mari lah derma sikit pada cik kiah nih.oh,ok.lupakan.

cik kiah sarung kasut selipar, menjerit sakit, belek tapak kaki,omaigod.berdarah yu.
selipar yang cik kiah beli di giant mines telah ditembusi oleh paku yang seakan-akan memakai payung tuh.cik kiah taktau lah nama Kemahiran Hidup die ape.erkk.nama kemahiran hidup? yela kan? xkan la paku pun ada nama saintifik.entahlah.cik kiah hentam saja.

terlolong la cik kiah nih.tak jadi keluar.masuk bilik semula..kesat2 darah ngn tisu, duk diam sambil blogging..heehe..ubat plg mujarab kot..hehe..owh,then cik kiah call 911 boogie n haja. taklama pastuh,boogie sampai dengan sebotol iodine minyak gamat. berlumur la ibu jari cik kiah.owh lupa,sebelom masuk bilik,cik kiah cabut dulu babi paku tuh.berkarat yu.lagila cik kiah nak pitam.


cik kiah ni mmg loghat sikit.luka sikit rasa nk meraung aje..terbawa-bawa perangai zaman kecik2 dulu.
tidur malam pon tak berapa nak lena.dah la cik kiah kene attend seminar keusahawanan pagi eskonya..owh tak,cik kiah bkn ahli panel, cuma dijemput utk dengar,duduk,tidur, dan borak kat blkg..ishk

pagi2 cik kiah bangun,pergi Pusat Kesihatan(PK) Uni..jalan la cik kiah capik2, sorg2 lak tuh.yelah,yang laen dah pergi seminar..

sampai PK,prosedur mcm biasa la, sebab cik kiah nih bukanlah Fasharina student English yg femes tuh. jumpe doc, ckp kene paku je.tros die ckp kene cucuk.takde toleransi lah yu nh tau.

cik kiah ni wlpon cita2 nak jd doc,tp alahai penakut ngalahkan bdk 3 thn. tengok iklan derma darah pun gerun,apatah lagi nak kene cucuk.. cik kiah mentally not ready,tp apakan daya. sesah jelah..



 nah,ko tengok ni leha,mmg real la pic nih nak tunjuk situasi yg terjadi kat kiah td.




ade pulak,nurse tunjuk jarum dpn muka aku.


akibat= lenguh tgn kene inject.owh lupa nak ckp.cik kiah kene inject di tgn. tp kwn2 cik kiah ckp kene inject di lubang buntut.cik kiah siap standby pakai seluar track agi..agak2 nurse suruh baring nak inject,cik kiah nak buka langkah..

cik kiah dapat 40 bijik antibiotics taw.siap doc ulang 4 kali lagi.mesti habiskan.aganya selain doc nih belajar ilmu perubatan, die jugak menuntut ilmu tilik dpd nenel die.cik kiah syak jela. 

yang cik kiah tak puas hati,moron manelah yg buang paku merata-rata..bahaya taw tak..tengok,cik kiah yang cantik gebu ni yang jadi mangsa tau tak..ishkk.tunggu lah kaki dan tangan yg kene cucuk lega, cik kiah pergi kedai 7 eleven. cik kiah nak beli 5kg paku 4inci,tabur sepanjang jalan.tengok seronok tak korg buat tap dance.haha. eh,ko pikir cik kiah jahat ke?

Jumaat, 2 April 2010

fool,is April a fool?

kelas sudah dibatalkan,apa mahu dirisaukan.bergeraklah kami ke mines untuk berlibur.akibat tiada kereta sewa yang janjinya dimungkiri di minit2 genting.macam celaka.owh tak apa,malas aku mahu maki hamun di bulan baru ini.
kami memang sengaja berlengah sebab di asrama kolej tidak ada apa yang dapat melekakan kami daripada menyumpah seranah kerana terlalu bosan.ishkk..
alkisah beraturlah kami di GSC..dan terbelilah kami tiket How To Train Your  Dragon.kelakar gila.orang viking,tapi nama Hiccup.tengok badan lah kot.tp di mines takde 3D.kami sesah je.asalkan dapat buang masa dan duit.dan ternyata kad matriks upm menyelamatkan poket kami daripada rabak teruk.
rite before the moviie started, i got a call from Nad.my long-last friend.sheila ditangkap khalwat kata beliau,naik meremang lah aku.memikirkan betapa gersangnya sheila sampai kena tangkap.ishk..

naseb baek aku dalam cinema, kalo tak mahu aku melolong mencarot.bodohh ah.terkena april fool
bodohhhhhh
haha.
xpe.next year ak kenekan kau puas2.padan muka.

Selasa, 30 Mac 2010

bukan entri untuk memanusiakan manusia

siapa boleh hidup dengan orang yang pengotor yang tidak boleh sesekali ditoleransi?
*tak payah angkat tangan.so lame-o

act 1.
* cawan Bedah berkulat, colorful lagi,hasil tindak balas bakteria yang diternak selama 3 ari 4 malam dalam mug yang digunakan untuk melantak sup cendawan,atau dalam bahasa penjajah dikenali sebagai mushroom soup.kemudian Bedah datang terkulat-kulat dengan muka tak bersalah mahu meminjam mug Senah walaupun Senah dah black list Bedah kerana rekod meminjam Bedah yang begitu buruk sekali.
-tahap mengundang cacian.

act 2.
* Kamal nampak rumetnya sedang berpeluh-peluh mengemas sana sini dalam rumah sempit yang dikongsi berdua.tetap die buat lagak selamba bergayut dengan Bedah di talian.
-tahap mengundang carutan.

act 3.
* Misnah baru pulang daripada kerja keras membanting tulang di kelas Perniagaan, terkocoh-kocoh mendaki tingkat 5. tersemat di hati beliau "rumahku syurgaku". sejurus sampai,seperti berada di sauna.tabir langsir dilabuhkan di kesiangan hari.untuk menambahkan bengkak di hati Misnah,tingkap pula tertutup kejap.macamlah blok sebelah ada jantan.padahal Vivian yang sudah meninggalkan aliran sains pun tahu tentang air circulation.apetah lagi Bedah yang sememangnya beraliran sains.
-tahap mengundang kerusi di kepala.

act 4.
* Badrul dan Wong ada kisah silam.tragedi perang dingin yang tidak diketahui puncanya tetap mengguris hati Wong.Kebisuan Badrul yang cuba diajak berbual oleh Wong tetap merobek ulu hati Wong sampai ke hari ini.bukan Wong berdendam, tapi bak kata Hitler, time heals everything. tidak semudah kau ajak anak 3 tahun temankan kau ke Giant lepas kau pulas perut die sebab menangis tidak mahu dipaksa tidur di siang hari.
-tahap aku ingat sampai mati.

Ahad, 28 Mac 2010

entri babi pada hari babi ntuk sang babi.

seekor babi menghampiri
pada hari babi itu
kadang2 babi itu tak sedar diri
aku rasa cm nak kasik siku

jangan tunjukkan muka babi kau depan aku
aku rasa nak tonyoh dengan kaki
walaupun dulu kita semeja makan kuew tiaw kungfu
sekarang kau pergi la mati.

*aku bukan nak mencarot.babi is not a taboo word.ok?

Jumaat, 26 Mac 2010

nasi basi

bangun tengah hari pagi, semua orang takde, tengok jam, owh..patotlah.
masuk dapur,jengah atas meja..
woww...
mak betul2 tunaikan janji.gambaran nasik dagang begitu jelas menari-nari.2 bungkus lagi.no wonderlah saya kalau boleh tiap-tiap hari nak balik rumah.jangankan tiap-tiap hari,tiap2 minggu pon belom tentu dapat.
koko punya pasal.minggu ni saya nekad.dengan iltizam untuk ponteng koko yg begitu tinggi,saya bergegas kemas beg.
-cuci muka ala kadar,untuk mengekalkan momentum mood yang ghairah nak melahap nasik dagang-
*plus senyum puas2 sambil capai garfu n sudu

.
bukak dengan gopoh,then aku ternampak..
kaler biru! bukan.ni bukan biru kaler celcom,biru navy.
"nasik dagang x sepatotnya kaler biru!" hati aku membentak dalam hati.
watda..?omaigot.
nasik dagang impian aku dah bertukar menjadi nasik kerabu.
rasa nak marah nasik tuh,then aku bagi nasik tuh renungan hey-aku-tak-suka-kau.
aku-nak-makan-nasik-dagang.
bungkus balik,cari henpon,nak tanya mak,apsal semalam janji nk belikan nasi dagang..alih2 atas meja ada nasik kerabu.pelik..
lahabau,bangun tidur x check inbox..
"nasik dagang abes..esoklah"
hurmm..
then tekan2 remote,layan Oprah winfrey show..ade jugak hiburan aku pagi jumaat nih.
sambil tuh,layan mp3..layan jelah..

Isnin, 22 Mac 2010

2+1

sekarang sangat bosan tunggu afif reply msg.via ym,sebab die dah xde fon.tapi berbaloi kot,at least sbb saya taw die bkn sengaja x reply msg2 saya.kan?kan?kan?

fb saya juga baru di-hacked oleh someone yg sangat genius bagi saya,walaupun tadi saya mencarot dan antara perkataan yang keluar ialah bodoh. taklah,die bijak sebab tak semua pandai.saya pon tak.ngeee..

masih tunggu afif reply.haishh..

tadi juga pening2 sebab sebok2 pilih course minor bersama najwa yang menyibuk. melawat ke bilik saya. dan terpaksa telah call ridhuan untuk tanya tentang course die.helpful lah jugak.sebab die mention pasal course yang takde maths.hehe.sesuai dengan orang yang akan mengalami pendarahan otak macam saya setiap kali melihat equation maths yang sampai harini saya wonder,perlu tahu ke????

owh ridhuan.jejaka itu.bikin hati saya kecut siang tadi.hehe.selalunya akan puji baju cotton yang saya pakai cantiklah,cute lah..owh sila gugurkan sendiri perkataan selalu,dan gantikan dengan sekali.
contoh: selalu sekali sahaja 
tp tadi,pandang pon tak.hehe.sory abang ridhuan,kami adik2 kadang2 banyak sangat main.ok?

ok,afif da reply.tapi dah hilang passion untuk terus berborak.apsal?apsal?mungkin sebab dah berbulan x contact.dan.dingin.dingin.dingin.boleh perasan giler,saya yang asek soal dan tanye itu dan ini.where has my dear old afif gone?

-sigh-

ok,peraduan teka sapa paling hensem bermula.


ini ridhuan.muka kacak.hitam manis.on diet.
tapi kuat membebel.haisyhh..
merajuk pon buleh tahan hebat.
tapi kagum,sbb die rajin.
baca both note lecturer n textbook.
saper nak die?
*td saya nampak die pgil sorg gadis nih baby.kantoi..
*gambar dicuri dpd facebook die.hehe.


ini afif.baju kaler merah.kali pertama saya tengok die,
baju kaler merah lah die pakai,di bazaar ramadhan KPMH.bulan puase.hehe.
kacak dan kool,kaki gigs,putih,makan byk tp kurus.
contradicts to ridhuan,xpandai marah.
*single lagi.tapi yang nih takde offer ok!
*gambar nih saya amek dpd facebook die jgk,
tp pedulik la,saya yg tag die.



yes.i'm a virgin!
who doubt this? demyuh.


owh tak,dua-dua kacak dan bergaya.saya pun macho hape.hehe.


ok,pembetulan.afif maen dota.yg ni memang die takkan berubah kot.dan tiba2 sign out automatically.seminggu i mogok ngn u.owh taklah.ai xde lah gedik sangat.dan yu da lame x cakap ai gedik.huh.

Jumaat, 19 Mac 2010

beg,beg,dan beg

hai semua.saya ada banyak koleksi beg untuk dipinjamkan kepada semua.betul.tak tipu.

-saya ada beg maple kesayangan saya berwarna hijau maple lah.dan sudah tentu dibeli di maple.
-saya juga ada beg vincci kaler hitam yang turut saya sayang sebab cantik bagi saya dan naim. beg maple di atas pon naim ckp cantik juge.heshh.
-saya juga turut mempunyai sebuah handbag juicy couture kaler purple.tp blom pernah pakai.
-saya juga telah dikesan telah membeli beg tangan gucci separuh original.
-saya juga telah berjaya diintip oleh paparazi ketika sedang leka membeli beg avon berwarna  pink. jenohlah saya membuat sidang akhbar minggu berikutnya untuk menafikan khabar angin bahawa saya telah dilantik oleh Avon untuk menjadi duta selama 16 tahun menggantikan Erra Fazira yang dikatakan sudah lupa diri.
-saya turut dilantik oleh vern's sebagai model jenama tersebut untuk pasaran Amerika Utara setelah berita tentang kunjungan saya untuk membeli-belah di sebuah butik vern's telah tersebar di laman sembang di Eropah iaitu murai.com
-selain itu,saya juga telah mendapat sebuah beg berharga ribuan ringgit yang telah dihadiahkan oleh pihak UPM.

caranya mudah saja.
1) sila namakan saja warna beg yang andu mahukan.
 (mesti berpadanan dengan baju,kasut,seluar,bra,dan belt)
2) sila kejut saya daripada tidur pagi.walaupun saya tidur pukul 3,4 pagi.saya rela bangun untuk anda kelihatan cantik ke kelas dan bergaya dengan beg yang saya beli dengan duit saya lah.dah tentu.
3) sila letak semua barangan anda ke dalam beg saya.sumbat sahaja semuanya.stokin skin color pun boleh.dan jangan cuci beg saya walaupun anda telah kantoi dengan saya sebab stokin itu masih berada di dalam poket beg saya.tak apa,saya cuci sendiri.beg saya kan.
3) jangan segan-segan untuk meminjam beg saya untuk kelihatan begitu hip dan updated ke kelas walaupun terpaksa meminjam beg saya.hari-hari tukar handbag.kelas gitu kan nokkk?
4) jangan pulangkan sehingga saya terpaksa tebalkan diri untuk meminta semula beg saya.pakai sahaja sehingga lusuh.tak apa.
5) jangan ucapkan terima kasih kepada saya.saya tidak suka.

p/s: saya memang beli beg-beg tersebut untuk kamu-kamu pinjam.untuk kamu-kamu nampak trendy dan hip.

*saya tidak begitu pandai untuk berbahasa sarkastik.

Khamis, 11 Mac 2010

semuanya tentang kalau.

kalau aku mati esok,khabarkan ke kesayangan2 aku..khabarkan ke bonda aku.ayahanda aku.kakanda2.sahabat2.
semuanya yang pernah memanusiakan aku..khabarkan ke semua yang menjadi belulang untuk aku terus mengukuh pasak.

kalau aku mati esok, harap bonda bertabah.sedegil manapun aku, aku tahu bonda berharap tuhan lanjutkan nadi aku.selantang manapun aku, aku tetap anak yang bonda kandungkan 9 bulan. sebangsat manapun aku,aku tetap tumpahkan seluruh jiwa aku pada bonda..di setiap kurangnya aku, di situ berlebihnya sayang bonda pada aku. di setiap salahnya aku, di situ selalu bonda ada untuk dorongkan aku. di setiap rajuk aku, ada bonda untuk memujuk.di setiap nafas aku, aku hanya mahukan bonda. .

di setiap barannya aku,ayahanda tetap sabar. di setiap ketidakpuasan aku,ayahanda akan cukupkan.tetap juga ayahanda tersenyum pada setiap celuparnya aku. tetap juga ayahanda bertahan pada setiap kerasnya aku.tetap juga berlebih kasih sayang ayahanda untuk aku yang pada selalunya terlalu bolong untuk dikasihkan. untuk darah daging; abang dan adik2, aku terlalu hina untuk mempunyai kalian.mohon disayangkan aku  sebagaimana kasih bonda dan ayahanda . terima kasih, sudi berikatan dengan aku yang terlalu jelas celanya di setiap perkara. terima kasih, sudi berkongsi pinggan dan selimut.

 Tuhan tolong kasihani saya.saya mohon dipanjangkan nafas,tolong dibiarkan saya menumpang seketika lagi. saya mohon untuk nadi ini terus berdenyut. saya mohon nyawa untuk terus dipinjamkan. tolong jangan berhenti ihsankan saya.mohon benarkan jiwa saya untuk terus hidup. tolong kasihkan saya. benarkan saya terus bernyawa tuhan.sekurang-kurangnya demi untuk bonda saya yang begitu tinggi jasanya yang belum sempat terbalaskan.kasihanilah bonda setidak-tidaknya.saya ini terlalu bolong untuk dikasihkan.terlalu keji.terlalu hina untuk dipandang. tapi bonda saya tidak. tolong kasihkan bonda tuhan.tolong dibiarkan saya untuk terus bernafas lancar.saya belum mahu mati tuhan, saya merayu untuk nyawa saya. tolong dibenarkan saya hidup untuk bonda saya setidaknya.


kalau aku mati esok,harap diampunkan segala khilafnya aku.pada setiap lantangnya yang aku suarakan,setiap carutan yang aku hamburkan,setiap salahnya aku ; minta sekalian halalkan. terlalu banyak budi yang aku hutangkan.budi baik dibawa mati.kalaupun aku mati esok, aku akan bawa budi baik kalian ke dalamnya lahad.

kalau aku mati esok,yakinlah aku tiada kesumat untuk dituntut.aku tidak polos untuk berdendam.kalian yang mendendami aku; yakinlah aku ikhlas memohon ampun.aku benar-benar ngeri memikirkan Izrail.

kepada tuhan, ampunkan segala dosa saya.saya ini selalunya keji dan hina.saya ini selalunya jahil dan degil. ampunkan saya tuhan.kasihkan saya.saya belum mahu ditamatkan riwayat.

yang tidak akan selamanya hidup,
norfasharina hamid
-kekasih bonda-