Khamis, 11 Mac 2010

semuanya tentang kalau.

kalau aku mati esok,khabarkan ke kesayangan2 aku..khabarkan ke bonda aku.ayahanda aku.kakanda2.sahabat2.
semuanya yang pernah memanusiakan aku..khabarkan ke semua yang menjadi belulang untuk aku terus mengukuh pasak.

kalau aku mati esok, harap bonda bertabah.sedegil manapun aku, aku tahu bonda berharap tuhan lanjutkan nadi aku.selantang manapun aku, aku tetap anak yang bonda kandungkan 9 bulan. sebangsat manapun aku,aku tetap tumpahkan seluruh jiwa aku pada bonda..di setiap kurangnya aku, di situ berlebihnya sayang bonda pada aku. di setiap salahnya aku, di situ selalu bonda ada untuk dorongkan aku. di setiap rajuk aku, ada bonda untuk memujuk.di setiap nafas aku, aku hanya mahukan bonda. .

di setiap barannya aku,ayahanda tetap sabar. di setiap ketidakpuasan aku,ayahanda akan cukupkan.tetap juga ayahanda tersenyum pada setiap celuparnya aku. tetap juga ayahanda bertahan pada setiap kerasnya aku.tetap juga berlebih kasih sayang ayahanda untuk aku yang pada selalunya terlalu bolong untuk dikasihkan. untuk darah daging; abang dan adik2, aku terlalu hina untuk mempunyai kalian.mohon disayangkan aku  sebagaimana kasih bonda dan ayahanda . terima kasih, sudi berikatan dengan aku yang terlalu jelas celanya di setiap perkara. terima kasih, sudi berkongsi pinggan dan selimut.

 Tuhan tolong kasihani saya.saya mohon dipanjangkan nafas,tolong dibiarkan saya menumpang seketika lagi. saya mohon untuk nadi ini terus berdenyut. saya mohon nyawa untuk terus dipinjamkan. tolong jangan berhenti ihsankan saya.mohon benarkan jiwa saya untuk terus hidup. tolong kasihkan saya. benarkan saya terus bernyawa tuhan.sekurang-kurangnya demi untuk bonda saya yang begitu tinggi jasanya yang belum sempat terbalaskan.kasihanilah bonda setidak-tidaknya.saya ini terlalu bolong untuk dikasihkan.terlalu keji.terlalu hina untuk dipandang. tapi bonda saya tidak. tolong kasihkan bonda tuhan.tolong dibiarkan saya untuk terus bernafas lancar.saya belum mahu mati tuhan, saya merayu untuk nyawa saya. tolong dibenarkan saya hidup untuk bonda saya setidaknya.


kalau aku mati esok,harap diampunkan segala khilafnya aku.pada setiap lantangnya yang aku suarakan,setiap carutan yang aku hamburkan,setiap salahnya aku ; minta sekalian halalkan. terlalu banyak budi yang aku hutangkan.budi baik dibawa mati.kalaupun aku mati esok, aku akan bawa budi baik kalian ke dalamnya lahad.

kalau aku mati esok,yakinlah aku tiada kesumat untuk dituntut.aku tidak polos untuk berdendam.kalian yang mendendami aku; yakinlah aku ikhlas memohon ampun.aku benar-benar ngeri memikirkan Izrail.

kepada tuhan, ampunkan segala dosa saya.saya ini selalunya keji dan hina.saya ini selalunya jahil dan degil. ampunkan saya tuhan.kasihkan saya.saya belum mahu ditamatkan riwayat.

yang tidak akan selamanya hidup,
norfasharina hamid
-kekasih bonda-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan