Sabtu, 27 April 2013

Hatred

aku tak taulah kalau semua orang  akan lalui benda macam ni or not.

kalau boleh undur masa, aku takkan seksa diri aku macam ni.

puaskan hati semua orang, then i risk my future.

aku benci being alienated, macam la aku ni terhegeh sangat nak join fam kau.

mcm lah aku nak menumpang harta mak bapak kau.

mcm lah aku nak sangat kasih sayang fam kau

mcm lah aku nak rampas mak ayah kau dr kau

mcm lah aku takde family.

puiiii

Jumaat, 26 April 2013

Kad Kahwin #2

Honestly i can tell that i pissed the designer off. haha.cara dia msg, nampak sangat dia geram. aku bayangkan die menggigil sambil menaip dgn jari-jari dia yang gebu itu. Tulah, sapa suruh tak nak berterus terang. Bila aku cakap aku nak combination of songket and English style, laju je ko cakap boleh. tapi bile tengok design, perghhh hancur, ketap-ketap bibir aku nengok.

Aku dah bagi contoh pon, boleh ko design ikot kepalahotak  citarasa ko sendiri. sape nak kahwin ni aku ke ko? konfius kejap.hahaha. Dahla aku bayar service ko, bukan aku saja-saja mintak tolong.

Bila aku dah desak dia after ten days tak siap-siap jugak design yang aku nak, mula lah dia msg panjang lebar. geram sangat gamaknya. teros aku malas nak amek port lagi, lantak lah malas aku nak bising. Tapi tup-tup dia come out dengan design yang boleh la tahan cantik, at least lagi cantik daripada yg previous. So aku suruh proceed jelah. Takkan nak suruh edit lagi, confirm makan 10 hari gamaknya.


Entahlah sempat siap ke tidak. Risau jugak ni.Kang buatnye tak sempat, mati lah aku. Buatnya kad siap lepas majlis, memang aku menangis melalak lah. Penat aku  bergaduh ngan designer ni, last-last tak sempat jugak.


Khamis, 25 April 2013

Of Bunga Telur and Bally Shoes

still remember this story? I have never have the idea that one day im gonna experience this. haha. wedding preparations are quite tough especially when u're a student with no income, and there's just a lot to buy. Luckily I'm a lady, so I am given the dowry, lets imagine if I were an indian, and I have to give dowry to the bride.noooo Im not going to get married.hehe.

Basically, all of the preparations are prepared by myself, with the help of the bride to be. I was actively involved from the beginning, so I know every details of them. After so many changes have been maid on the dress, the card, now I am satisfied and what can I do now is just wait and hope and pray. I wonder will the card able to be administered on time?

I go for cheapskate, I count everything, how much they cost me, which is more beautiful with a lower price, ask me, coz I've been there. So i decided to do all the decorations in the bride's room on my own. This means a lot of hard work. But, as long as I am satisfied with myself, nothing bothers.


Stress

Bukan stress pasal nak kahwin, tapi stress pasal study. sebab tiba2 macam banyak assignment yang kena submit. dahla lecturer tu kejam wehh.. dahla sedap2 mulut panggil kawan aku donkey. eh, hang tu apa, babi ke, sedap sangat nak kata org donkey. pftttttt sangat geram dengan ini lecturer. kalau kawan2 je, mau aku sekeh aje kepala dia.

dia ni selalu demotivate students. ce ko bayangkan, in the very 1st class, dia suruh half the class drop the subject. Sebab? dia taknak ramai2 student. macam2 la dia takot kan students. cakap banyak kerja lah ape lah. Tapi aku manage to stay.

actually, bukan assignment yg banyak yang buat kitorang stress. tapi attitude dia yg suke demotivate orang. haisshhh menyampah la pulak aku.

Khamis, 18 April 2013

Review Berani Berniaga 2013

hari tu, aku berjaya heret boifren and abang aku ke Berani Berani Seminar by Dr.Azizan Osman. I kan manja, haruslah angkut bodyguard teman.haha. Lagipun, abang aku tu memang minat berniaga daripada sekolah lagi.

Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, abang aku suruh mak aku buat nasi lemak, dia nak jual kat sekolah. siap cikgu-cikgu beli lagi taw kat abang aku. masa tu baru darjah 4 kot.haha. asal balik rumah je, licin nasi lemak takde yang tak habis. aku pernah bawak sekali. masa darjah 3 kot. tapi aku ni dasar tak reti berniaga, pemalu plak tu, malas nak promote plak tu. lepastu, aku tak jual pon. aku simpan je dalam beg sekolah.hahha..balik rumah aku ngadap la nasi lemak tu.haha.

tapi adik aku yang bongsu ni ada la ciri-ciri minat berniaga ni. hari tu aku saja la buat apam polkadot untuk makan-makan.kebetulan adik mak aku nak datang rumah. so saja la nak makan-makan sebab dah pandai buat.haha. resipi pon mak aku yang google.cayalah mak.haha. sekali, adik aku bawak gi sekolah esoknya yang belen-belen makan semalam. licin pulak tu die jual. dapatla rm4 kot aku rasa. Esoknya die suruh aku buat lagi. habislah rm10, besoknya lagi rm9. pergh terer jugak adik aku ni. untuk anak yatim, die bagi free. perghh murni sungguh hati adik aku ni. sebijik macam kakak die.opss.

tapi sekarang aku macam rasa nak berbisnes je. sebab malas nak bangun pagi-pagi gi kerja. haha. lagipon aku ni student lagi, ade byk free time. lagipun aku dah pernah kerja before ni. and aku rasa fedap ngan perangai manager yang belagak macam bos. perghhhhhh memang berbulu aje aku.

Tapi aku memang syorkan pergi la kalau ada bengkel-bengkel macam ni. sebab it is free.haha. ala korang pon sama je, suka bende free kan.haha. walaupun ilmu die tak bagi 100% (sebab ko kena pergi advance klas kalau nak ilmu lebih lanjut.alah besela die pon nak berniaga gak), tapi memang eye opening lah.

aitu kat SACC shah alam, memang penuh ngan lautan manusia cewah, sampai kitorang yang lambat redha jela bersila kat lantai. nak parking pon dekat 1kilometer jgk. mengah la sape yang pakai heels tu. aku la tu.haha.

at the end of the session, ade la perkongsian cerita ngn orang yang pernah attend klas ni, and sekarang dah berjaya. dulu habuk pon tarak, sekarang siap pakai pekerja lagi. dulu takde kerja, skrg takde masa sbb bsnes maju. ha cenggituuuu

Pengantin Perasan

Dahla semua buat last minute, pastu semua nak buat sendiri.sebabnya aku ni boleh tahan cerewet gak.kalau boleh, nak buat pelamin sendiri. tapi tak terdaya la pulak. so aku buat la yang terdaya seperti menggubah bilik tidur and menghias khemah pengantin. orang lain nak kahwin sebuk pergi spa, aku sebok pegang hot glue gun.kikiki.style jugak ye dak?

pastu kalau boleh semua baju nikah, baju bersanding, baju bertandang semua nak desgin sendiri pastu nak beli kain sendiri pastu nak jahit sendiri. bab jahit sendiri tu propa lebih. baju kelawar koyak pon mak jahitkan. ade hati nak jahitkan baju pengantin sendiri.haha. tapi, mak nak jahitkan baju nikah je. yang lain tak larat dah.haha. yela mak.

Pastu, aku ni punya la perasan kreatif and banyak masa, siap offer nak siapkan bilik tidur and khemah pengantin untuk pihak lelaki. nasib baik dorang tempah je. tak taula sama ada dorang tak percaya dengan kreativiti aku or sayangkan aku.takot tangan kasar-kasar la katakan.hihi.nasib baik jugak.kalau tak, lebam la mata aku dok google design yang cantik-cantik. tapi google jela. siapnye tak jugak.haha

pastu siap aku ni nak offer nak jahitkan beads utk baju kurung makcik2 aku. nasib baik dorang tak ambil serius ngan offer aku. kalau tak, mau aku tertikam jarum kat perut sendiri.hahaha.

pastu nak buat veils sendiri.hahaha. aku ni too ambitious lah. hahhaa. berangan tak hengat. nyaris je aku beli lace kat jakel utk buat veil.tapi aku tahan je diri.hahaha.sewa jela. malas nak pening-pening.


Design Baju Kahwin Moden

sebenarnya aku ni kategori last minute kind of person. Orang keliling aku yang histeria tengok aku ni takde persiapan pon nak kahwin, padahal, aku rilek je.haha. nak kata tak suka nak kahwin, memang sah-sah la penipu besor.haha. tapi aku ni malas betol la bende-bende leceh cenggini.

Nak pilih design untuk baju bersanding pun, aku pilih dalam setengah jam je kot.hahaha. tu pun tengok design hattadolmat. thanks hatta. nak beli dengan u memang tak mampu. terpaksa lah sewa baju inspired by hattedolmatcouture gitu.hahaa.

pastu aku ni sekejap nak  kaler peach. sekajap nak purple. aku pon pening. boipren aku lagi la pening.hahaha. kaalau gabung peach and biru style jugak ye dak. Rimas benar lah aku.

So ni antara benda yang aku dah deal utk kerja kahwin-kahwin ni.

1.pelamin (although aku tak reti nak pilih yang mana satu.semua lawa je aku nengok.haha.tp at least dah book. and boleh ubah later)

2. baju pengantin, mekap (walaupun baju aku tak siap pon lagi.siap mak andam tu salah beli warna lagi.means bukan peach yang aku nak.pastu die beli yang lain, walaupun aku tengok cantik je peach tu. tapi dah mak andam nak beli lain, sila lah beli.hahah. jangan tak siap baju aku sudah).

3. goodie bags, jajan, sumi ( tak taw eja. sebut je pandai.haha). menangis aku tengok goodie bags pon harga kemain. pastu untuk kawan2 lagi special. aku kena paksa ngan mak and makcik aku untuk beli yang lawa-lawa. aku dah nak menangis dah tengok harga satu-satu.hahaha. pastu kena paksa beli frame gambar utk letak dalam goodie bag. arghh tensionnnnn. ni lah padahnye shopping ngan mak-mak ni. semua nak beli. baik aku shopping ngan tunang. haha. tapi, since jajan tu simpan dalam bilik aku, aku la yang makan sikit-sikit.hahah

4. untuk sedara and jiran-jiran terdekat, aku dah beli Yasin made in Mydin.haha.support Mydin uolss. padahal cari yang murah.haha. walaupun tak glemer, tapi mudah-mudahan korang baca la yek.haha

5. baju untuk nikah, mak aku jahitkan. sebab, aku nak kasi anak aku pakai nanti bila die nak kahwin.haha.
Berangan lebih. lagipon, nak buat kenangan. Raya kang tak payah beli baju dah. haha. daripada ko sewa ratus-ratus, tapi at the end of the day, tetap kena pulangkan. baik ko buat sendiri, ade jugak pekdahnye.


6. kad nikah almost settled.almost lah.

7. bunga telur ni belom setel lagi.adeh malas benor la hai.

8. cadar bilik tidur dah beli.langsir dah beli.nanti aku upload kalau rajin. nanti dah tua-tua boleh baca blog sendiri sambil senyum-senyum teringat malam pertama.eh?? haha. kejadahnya nak baca blog bila tua-tua nanti. baca yasin lagi ade pekdah.

Rabu, 17 April 2013

Dugaan

Bila gaduh ngan bakal suami ni, lain macam sikit rasa die.

macam, nak gadoh beriye-riye kang takot terbawa-bawa pas kahwin.
nak diamkan je, sakit benor hati aku ni.

ok rasa macam celaka je.

Kad kahwiin English Style

Kalau ada sapa-sapa yang nak kahwin, and stil tercari-cari kad kawwin, kalau tengah2 google kad kahwin, and termasuk dalam blog aku ni, nasib korang lah yek.haha

hari ni 17 April 2013. 2 June 2013 dah berlangsung majlis. tapi kad kahwin tak buat lagi. Ha acaner tu? sape nak menjawab dengan mak bapak aku ngan tunang nanti? haha. tentulah kitorang berdua ye dak.

To those yang still searching for kad kahwin yang cantik-cantik, I would suggest you guys to googles habis-habisan. Jangan buat kerja last minute macam aku ni. Kejap bahasakan diri I, kejap aku. Hentam jelah labu... Fistly survey harga kad kahwin, tengok design, saiz kad, and jangan lupa tengok feedback daripada previous customers. Macam kawan aku dulu, banyak salah eja. Perghhhh kalau nama pengantin pon salah, sah-sah lah berangin satu badan kan. Tapi, nak salahkan orang yang buat kad pon tak boleh. Memang lah kita dah bagi details yang betul, tapi dorang akan bagi kita check. So, please check betol-betol.

Personally, aku memang taknak and tak mampu nak habiskan ribu riban on the cards. Sebab, membazior.
"Bukan ada yang nak frame kan kad kahwin kau pun Fasha", jeritku dalam hati sob sob. Aku ambil yang harga RM0.27 sekeping. tu pon dah termenung eh macam mahal je. boleh beli coki-coki tu.hahaha. dasar kedekut!

Designer yang designkan kad kahwin aku tu dah siapkan design. Tapi aku memang tak puas hati sebab memang jauh la daripada angan-angan aku.haha. so dengan angkuhnya aku cakap " Re-do!!" ceh takdelah aku ni hawau sangat nak sekolahkan orang camtu. aku mintak lah elok2 soh dia designkan yang baru.

siap aku bagi contoh lagi. Haih,, dapat customer yang baik macam ni, untunglah...haha.
padahal dah berapa hari je tinggal, boleh pulak nak demand design  kan.
eh suka hati lah. aku yang membayar.haha

Nasib baik aku yang teringat pasal kad kahwin ni. kalau tak, memang kenduri tanpa kad jela. call and mesej je kalau nak jemput orang.hahaa.
Situasi ni macam ko masak lauk kemain beriya nak bukak puasa. ade lah tujuh lapan jenis lauk. tapi nasi terlupa nak masak. hahahahhaa. dah dasar perut kg.com memang tak sah kalau takde nasi. Baik makan telur goreng ngan nasi, daripada makan siakap 3 rasa ngan roti..hahahaha

Aku bagi contoh kad ni lah. Mintak designer ni tolong design kan.

Front page corak songket, kat dalam English style.



macam  ni la rupanya sikit
combination of these two. tapi bukan exactly la. warna pon lain jugak,