Isnin, 28 April 2014

Positive thinking

sejak dah berkahwin ni, blog ni dah jadi macam blog kaunseling rumah tangga. hihihi
lantak hentamkan jela.
untuk orang yang menulis tak bertema macam aku,
aku lebih suka tulis apa yang aku tengah pikir.

aku rasa dengan menulis ni boleh kurangkan beban otak aku,
aku ni jenis yang tak boleh pendam perasaan.
nanti aku rasa sarat and tepu
nak cerita dengan kawan, i dont trust anybody.
not even my bestest friend. (bestest is not a proper word. mind u i am an English teacher).
not a soul that i trust.

contohnya kalau kau mengadu dengan kawan baik kau- tentang laki kau berkasar dengan kau.
ambil contoh:
laki kau tengking kau and tidur kat luar bilik. keluar rumah tinggalkan kau sorang.
apa sebenarnya yang kau nak?
apa respond yang kau nak dengar?
1. kawan kau nasihatkan kau supaya sabar (in which kau tengah bersabar sekarang).
2. kawan kau kutuk suami kau (kau rasa apa bila orang kutuk separuh diri kau (in english your other half) ok tak kelakar).
3. kawan kau diam dan angguk je (respond yang buat macam kau tengah bercakap dengan peti ais).

dah yang mana kau pilih?

apa yang kau dapat dengan ceritakan masalah rumah tangga kau?
1. lega dapat luahkan perasaan
2. masalah kau selesai -suami terus cakap lembut macam pakai gusi, suami tidur dalam bilik, suami keluar rumah ajak kau mengopi sekali.


aku rasa ramai yang luahkan perasaan untuk kurangkan stress.
aku takda masalah dengan tujuan no 1 tu.
tapi kau kena tahu batasnya.
jangan burukkan pasangan kau.
jangan.
even (bukan event. please beware) dengan ibu kandung kau.


masalah takkan settle walau kau hebahkan pada dunia.
dunia penuh dengki.
kalau perlu dapatkan nasihat,
dapatkan nasihat daripada orang betul-betul kau percaya dan yakin.
orang yang takkan tikam kau daripada belakang.
tak kira walau apa situasi.

harus kau ingat.
bukan semua kawan itu sahabat.
kau cerita dari A sampai M ke Joyah.
nanti cerita yang bertebar- dari A sampai Z. lengkap.


natijah daripada kau burukkan suami kau ketika sesi mintak pendapat-
nanti kalau kau ceritakan pada Joyah tentang betapa romantiknya suami kau-
tentang perihal hadiah yang suami kau hadiahkan.
tentang penyayangnya suami kau-
kalau Joyah ingatkan kau yang suami kau pernah tengking jerit sama kau?
apa kau rasa?
Joyah takkan rasa suami kau penyayang lagi.

sebab apa?
sebab mulut kau yang bercerita.
sebab mulut kau yang memburukkan suami.

padahal bertengkar suami isteri itu normal.
satu proses suai kenal dan adaptasi.


Ahad, 27 April 2014

Bertikam lidah

bagi aku, suami isteri yang normal akan ada masanya tak bersefahaman dan bertikam lidah.
bertengkar sikit-sikit tu biasalah pada aku.
bukannya bertengkar sampai rasa nak bagi penumbuk.hihi
tapi lebih kepada bertengkar untuk argue dan berbincang.
it's more like debating to me.
both sides ada different point of view.
in order to be accepted, one need to clarity its view.

like for us, me-being the pig-headed,
i always wanted my views to be accepted.
and i forget the fact that my spouse is a human with feelings-

i strongly feel that one have to calm down, take a deep breath,
and open ur heart.
accept all the differences u had.
despite of all differences, find a point of similarities.
things u both enjoy together.


for us,
watching tv can simply gives us pleasure.
it's the simple things that makes my heart melt.
nor make me mad.

a healthy relationship should be balanced-
with some amount of disagreement that makes us understand each other.

but too much of something is never good-never.
too much of fights and disagreement is a proof of having unresolved matters.

i just miss the moments of happiness we shared.
hope my husband will be back soon.

dear malacca, do take care of my husband.
im no longer by his side.

im having a bad time since im feeling lonely.
teman bergaduh gi kursus 3 hari,
seakan suram hidup aku.


Khamis, 24 April 2014

Bisik-bisik

ps: tak relevan bagi kau, tapi relevan bagi aku.

mungkin orang lain selesa dengan tabiat bisik-bisik ni, tapi bagi aku, bisik-bisik ni is an act of childish. 
geli betul bila tengok orang yang usia dah lebih suku abad tapi dok berbisik lagi.
kemon, if u need to say something confidential, do talk in private. 
or maybe u can use technology such as wassap, fb, we chat (and the list goes on)

most annoying is, berbisik kat depan orang ramai.
please have some respect at least.
the third party surely will be offended.
im not sure about you, you, and you,
but as for me, it is just an immature act, nothing to be offended.
but somehow i find it irritating.
haha.
two different things ye, irritated and offended.

bile kali terakhir aku bisik-bisik ni ye?
long time ago kot.
lagipon aku ni jenis geli kalau orang bisik kat telinga.
rasa kene tiup-tiup je.

what my husband and i did,
when we have something confidential to say in front of others,
i just type something on my phone and showed it to him.

maybe you you and you favour the act of whispering, up to u then.
tak relevan sama kamu.told ya.

Rabu, 23 April 2014

pejam-celik-pejam-celik,
dah hampir setahun usia perkahwinan ni.
hampir setahun jugak aku kongsi hidup, isi hati, duit, dan jugak masalah.
maha kuasa Allah, kuasa cinta yang Allah kurniakan ni boleh ubah segalanya.
besarnya kuasa cinta, besarnya kuasa Allah.

dua orang manusia yang langsung tiada pertalian-
dengan izin Allah, saling berkasihan.
indahnya kuasa Illahi,
dua manusia kini saling berkongsi mimpi.

aku ni jenis yang suka persoalkan perkara yang berlaku kat sekeliling.
masa umur enam tahun,
aku persoalkan-
tuhan cipta alam, siapa cipta tuhan?
soalan yang dibalas dengan dah-jangan-nak-banyak-soal.

balik kepada persoalan tadi.
pernah tak kau fikir.
besarnya kuasa tuhan-
dengan adanya cinta, kau sanggup susah payah sehidup semati sama-sama tak berduit sama-sama bina mimpi-
semua tu sebab adanya cinta.

kalau takda cinta?
sanggup kau bangun tengah malam semata-mata masak sahur, iron baju, dan sidai baju orang yang kau takde perasaan cinta dan sayang pon.

kalau bukan sebab cinta, mau kau berlapar ikat nafsu untuk belikan hadiah mahal2 untuk orang lain?
kalau bukan sebab cinta, mampu kau bangun malam2 demi menjaga orang sakit?