Isnin, 28 April 2014

Positive thinking

sejak dah berkahwin ni, blog ni dah jadi macam blog kaunseling rumah tangga. hihihi
lantak hentamkan jela.
untuk orang yang menulis tak bertema macam aku,
aku lebih suka tulis apa yang aku tengah pikir.

aku rasa dengan menulis ni boleh kurangkan beban otak aku,
aku ni jenis yang tak boleh pendam perasaan.
nanti aku rasa sarat and tepu
nak cerita dengan kawan, i dont trust anybody.
not even my bestest friend. (bestest is not a proper word. mind u i am an English teacher).
not a soul that i trust.

contohnya kalau kau mengadu dengan kawan baik kau- tentang laki kau berkasar dengan kau.
ambil contoh:
laki kau tengking kau and tidur kat luar bilik. keluar rumah tinggalkan kau sorang.
apa sebenarnya yang kau nak?
apa respond yang kau nak dengar?
1. kawan kau nasihatkan kau supaya sabar (in which kau tengah bersabar sekarang).
2. kawan kau kutuk suami kau (kau rasa apa bila orang kutuk separuh diri kau (in english your other half) ok tak kelakar).
3. kawan kau diam dan angguk je (respond yang buat macam kau tengah bercakap dengan peti ais).

dah yang mana kau pilih?

apa yang kau dapat dengan ceritakan masalah rumah tangga kau?
1. lega dapat luahkan perasaan
2. masalah kau selesai -suami terus cakap lembut macam pakai gusi, suami tidur dalam bilik, suami keluar rumah ajak kau mengopi sekali.


aku rasa ramai yang luahkan perasaan untuk kurangkan stress.
aku takda masalah dengan tujuan no 1 tu.
tapi kau kena tahu batasnya.
jangan burukkan pasangan kau.
jangan.
even (bukan event. please beware) dengan ibu kandung kau.


masalah takkan settle walau kau hebahkan pada dunia.
dunia penuh dengki.
kalau perlu dapatkan nasihat,
dapatkan nasihat daripada orang betul-betul kau percaya dan yakin.
orang yang takkan tikam kau daripada belakang.
tak kira walau apa situasi.

harus kau ingat.
bukan semua kawan itu sahabat.
kau cerita dari A sampai M ke Joyah.
nanti cerita yang bertebar- dari A sampai Z. lengkap.


natijah daripada kau burukkan suami kau ketika sesi mintak pendapat-
nanti kalau kau ceritakan pada Joyah tentang betapa romantiknya suami kau-
tentang perihal hadiah yang suami kau hadiahkan.
tentang penyayangnya suami kau-
kalau Joyah ingatkan kau yang suami kau pernah tengking jerit sama kau?
apa kau rasa?
Joyah takkan rasa suami kau penyayang lagi.

sebab apa?
sebab mulut kau yang bercerita.
sebab mulut kau yang memburukkan suami.

padahal bertengkar suami isteri itu normal.
satu proses suai kenal dan adaptasi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan