Jumaat, 2 Mei 2014

Suami-Isteri

Ada banyak fasa yang sesuatu pasangan tu lalui.
Aku sekarang tengah lalui fasa perkahwinan (lagi sebulan genap setahun i jadi permaisuri (lah sangat) kepada suami yang hensem lagi menawan (kat mata aku)).

sekarang ni kitorang dah lepas fasa perkenalan.
dah lepas fasa - u-suke-makan-ape-
hobi-u-ape
abah-u-keje-ape
well alhamdulilah kitorang dah lalui fasa ni dengan cemerlang (bergaduh dengan cemerlang pun ye jgk)

sekarang fasa kehidupan lepas kahwin.
a whole different life.
since kitorang ni pengantin basi baru lah jugak, banyak bende yang masih malu-malu.

tapi aku perhatikan, ade jugak benda yang kitorang dah tak malu untuk buat.
kalau dulu, masa bercinta mmg haram tak pernah buat.
tapi we have felt comfortable, mula la sekor-sekor tunjuk warna sebenar (true colours).

contohnya KENTUT.
dulu time bercinta rela gi toilet kalo nak kentut.
memang tak pernah langsung aku dengar angin keluar daripada celah jubor punggung dia.
la ni, jimat masa. nak kentut, angkat sikit punggung, puhhhh lega
(kena angkat punggung. nanti kentut tak lepas keluar sebab terkepit dengan pungkoq).
baru lah aroma dapat dikongsi bersama.
kata kongsi hidup. alang-alang kongsi aroma ape ade hal ye dak??
owh, ini suami la yang buat. i setakat kentut time die tidur berani lah.
haha. kalau dia tak tidur, rela muka merah menahan kentut.hihi.
pastu kalaua terkentut time tenguk tv, buat-buat batuk.
hahha taktik untuk cover bunyi kentut.

contoh lain- MAKAN.
ni aku lah yang dah masuk comfort zone.
dulu kalau makan, masa baru bercinta, rasa malu sangat kalau pinggan nasi licin tak bersisa.
sekarang, bila pinggan nasi licin tak bersisa,
siap bangun pegi tambah nasi.hihi
hoi tak malu langsung.
dulu kalau makan KFC, setakat cubit-cubit je ayam.
sekarang? pejamkan mata dan bayangkan saja,
Nauzubillah.

aku harap kitorang akan insaf balik.
sebabnya, 
being in comfort zone is not good.
coz we are getting more comfortable to show our true colors (warna sebenar).
in which i dont think is good.
benda buruk kena sentiasa sorok dan buang,
jangan jadikan habit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan