Selasa, 29 Oktober 2013

Mertua VS Menantu

Sebelum kahwin, aku banyak baca kisah,-kisah tentang asam garam rumah tangga.Daripada kisah suami tak bertanggungjwab, suami curang, isteri berskandal, ibu mertua cerewet, adik ipar kurang hajar, semuanya aku baca. Dan hadam. Aku simpan kemas-kemas dalam fikiran untuk pedoman masa depan. Aku percaya takde sorang pon nak ada konflik dengan keluarga mertua.

Aku faham, perkahwinan bukan hanya satukan dua jiwa, tapi dua buah keluarga yang berbeza. Buatnya kahwin dengan lelaki yang berbeza agama, budaya dan bahasa? Lagi haru. Besar pengorbanan yang kite kena lakukan, dan banyak jugak la hati yang kena kita jaga. Silap-silap kita yang makan hati. Macam aku, alhamdulilah kahwin dengan lelaki Melayu Islam, walaupun nampak macam senang sebab kedua buah keluarga gunakan bahasa, anuti agama dan adat yang sama, tapi tetap budaya setiap keluarga tu berbeza. Kena pandai sesuaikan diri, takut nanti tak diterima dengan baik dek keluarga suami.

Aku akui, awal-awal perkahwinan, aku agak kekok dengan keluarga baru aku ni. Untuk cari jalan selamat, aku lagi banyak diamkan diri. Suami akulah yang jadi teman karib aku. Lagi pulak aku dok di rumah keluarga mertua, bila laki pergi kerja, rasa sedih semacam je sebab aku takde teman nak bergurau senda, teman berbual. Aku bukan tak cuba nak rapat dengan mak mertua, tapi aku ni jenis introvert. Pemalu, tak selesa dengan orang yang baru kenal.

Emak aku awal-awal lagi dah pesan, mak mertua pon macam mak sendiri. Aku pegang pada kata-kata ni. Syukur mak mertua aku tak banyak kerenah. Setakat ni, hubungan menantu-mertua tu harmoni lagi, dan aku harap berkekalan till jannah. Kami masak bersama, tonton Tanyalah Ustaz bersama. Kalau kat rumah mak aku, haram aku nak tengok TV pagi-pagi. Membuta lah jawabnye. Tapi dek nak ambil hati mak mertua, aku tahankan jugak rasa mengantuk.

Tapi entahlah, entah kat mana silapnya, hubungan dengan adik perempuan suami aku kurang akrab. Aku ni anak perempuan tunggal dalam keluarga aku. Aku selalu harapkan ada kakak atau adik perempuan, bolehla dibuat kawan. Tapi hubungan yang terjalin ni, tak semacam yang aku harapkan. Sekadar berbasa-basi. Just report, instead of rapport. Takde hilai tawa, memanjang serius je. Mungkin salah aku tak pandai tackle keadaan. Aku harap hubungan  ni tak selamanya dingin.