Khamis, 4 Mac 2010

Versi Pantang Larang Aku

bertemu lagi kita pada petang Khamis yang serba hangat ni..hangat sebab cuaca sekarang memang lebih hangat daripada biasa..ini bukan entri untuk mengeluh..tapi ini entri yang bertulis dalam keadaan berpeluh-peluh..setiap inci takde yang tak lencun..ini cerita benar..ketika entri ini ditulis,tepat pukul 4.36pm..
saya berpeluh-peluh,dan cadar katil turut lencun sama...andai tidak percaya,Nisa saksinya.

walaupun baju tidur yang suatu masa dulu saya terasa bagaikan berada di heaven saat memakainya..sekarang terasa bagaikan di neraka dunia..payung is a must-bring item...saya pula lebih rela tak membawa buku daripada tak berpayung..kalau bawa buku banyak2 pun,yang digunakan hanya sebuah dua juga...kalau tak berpayung,melolong lah saya..

owh,ini sudah lari daripada tajuk entri yang sebenar.tapi tak salah sekadar meluah rasa untuk anak cucu membacanya di kemudian hari, supaya mereka tahu betapa peritnya menjadi seorang Fasha.

.............................................................................................................................................................

*sambungan selepas mandi.entri kali ni ambil masa yang sangat lama sebab saya tak ubah seperti cacing kepanasan..asyik meresah saja.sebab kepanasan la.takkan nak kena beritahu lagi?haihh..

okay. ini pantang larang saya.

1. masih lagi bertahan sehingga hari ini
-sesiapa sahaja yang mengguris hati ibu saya.kamu pun patut berasa sedemikan. tidak kiralah pangg
 ilan apa dikhususkan untuk ibu kamu..ibu,emak,umi,mummy,mama..saya panggil ibu saya emak.
sesiapa yang mengguris ibu saya,bererti dia telah menikam ulu jantung saya dan memamah-mamahnya di depan saya.sakit bukan perumpamaan ini?

*tidak kiralah kamu ibu saudara saya kah.adik ibu kah.bapa ibukah.owh by the way,kalau bapa kepada ibu,maksudnya datuk.in case kamu tidak faham.tak memgapa.

2 dibangunkan daripada tidur atas sesuatu yang tidak langsung dapat ditoleransi.
-lagi bengang kalau dibangunkan secara terkejut dek jeritan orang yang mengejut.omaigod.sangat biadap.
 walaupun saya bukanlah calon menantu pilihan ibu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, tapi saya masih tahu beradap susila kerika kejut orang lain.saya hanya kuis kaki anda bukan?dan separuh  berbisik,saya mengejutkan anda walaupun anda telah sejam terlewat ke kelas

*jangan ungkit cara saya ketawa.

3. scene perempuan melahirkan anak dalam movie atau drama
tolonglah wahai produser sekalian,saya ini masih dara lagi,belum diceroboh,belum diteroka.
lantaran itu saya masih belum menatang cahaya mata kerana saya sehendaknya tidak mahukan anak yang tidak sah taraf.sila notice,anak tidak sah taraf.dan bukan anak haram.kalau kamu panggil dia anak haram,kamulah yang haram.full stop.
lewat malam itu,saya menonton bersama peti televisyen bersama famili.lalu tersualah muka Jue Aziz yang mengerang kenikamatan  ketika scene melahirkan anak.ngeri sungguh tahu?
lalu membuatkan saya berfikir untuk tidak mahu melahirkan.dan kadang2 terfikir untuk selamanya mengandungkan.dan kadang2 terfikir untuk mengambil anak2 yang terbiar.
tapi tidak pernah terfikir untuk tak berzuriat kerana blog ini tercipta untuk sebab inilah.

1 ulasan: