Ahad, 5 Januari 2014

Tips Rumahtangga Bahagia #1

Hamboi tajuk kemain lagi.Kalah Semanis Kurma kot.haha. Tips ni bukan lah idea aku sepenuhnya tapi berdasarkan pembacaan, pemerhatian, dan pengalaman hidup aku juga. Kahwin baru 6 bulan, ada hati nak bagi tips. Some of you might say this. But hello, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau nak membentuk pasangan biarlah dari awal perkahwinan kan. Ok mungkin tips ni tak relevan untuk orang lain, tapi aku rasa setuju dengan tips ni. 

Tips 1.
Jadi rakan atau isteri. Bukannya ibu kepada suami sendiri.
It means kita layan suami kita sebagai seorang suami. Bukan sebagai anak. Jujurnya aku pon apply benda ni dalam rumahtangga aku. Sebagai pasangan, kena tolong menolong. Takkan as a wife, kau sorang je kena masak, basuh pinggan, basuh baju, kemas bilik, cuci bilik air. Kahwin ni sebenarnya perkongsian hidup. Katil berkongsi, takkan kerja rumah taknak kongsi ye dak? Kalau sama-sama buat kerja kan lagi ringan beban. lagi cepat beres kerja. Dah beres kerja boleh bermanja laki bini nak bergolek depan TV ke ape semua boleh. 

Kepada suami yang rasa diri tu darjat tinggi sangat sampai taknak tolong bini, silakan sediakan pembantu rumah ye. Kang bini ko letih, dah tidur awal. Nanti ko jugak nak complaint bini tak nak bagi layanan batin kat ko. dah kata bini tu kerja, balik kena membanting tulang kat dapur. dah masak untuk makan malam lagi, pastu mesti kena kemas dapur. Kang ko complaint bini pengotor. Kang masuk bilik air, nampak pulak baju tak berbasuh. kena cuci baju pulak. tu belom lagi nak mandikan anak, bancuh susu anak, suapkan anak. anak dah tidur, barulah bini ko dapat rehat.

seriously aku rasa lelaki yang rajin tolong bini nampak lagi macho. nasib baik lah aku dapat laki yang boleh diharap. setakat basuh baju, cuci toilet tu senang je buat. cuma kalau masak tu memang fail sikit lah. aku tak kesah pon sebab kalau laki aku masak, kerja mengemas dah jadi double. nak goreng fries je pon, tapi sudip sampai dua jenis. belom lagi dengan minyak tumpah lagi. haha. setakat kerja potong sayur tu memang boleh la. tu pon syukur sangat lah dapat laki yang boleh bertolak ansur. setakat kurang sikit-sikit tu bisalah. tutup mata jelah. aku pon bukan lah perfect sangat. yang penting bertolak ansur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan