Khamis, 9 Januari 2014

Tips Rumahtangga #2

Lebih 6 bulan berkahwin, aku ambil masa juga untuk adjust kehidupan. Hidup solo dan hidup berumahtangga, manakan sama. Kalau masa bercinta dulu, berjumpa waktu keluar je. Kita tak mengadap muka dia time tidur, time bersiap, time tengok tv. Bila dah doplohpatjam bersama ni, macam macam la karenah dia yang kita dapat tengok. Time bercinta tak nampak. Bukanlah kata masa bercinta tu hipokrit, tapi takde peluang nak ditunjukkan sebab masa berjumpa yang terhad.

Pengalaman peribadi selama 6 bulan lebih ni, aku tak pernah tau suami aku ni zero at cooking. Langsung zero. Haha nak rebus jagung pon tanya cara-cara macam mana. Adus nak pengsan aku dengar. Haha. Kalau sesekali makan meggi tu, punyalah koboi meggi dia. aku ingat budak hostel je darurat makan meggi yang direbus dengan air panas. rupanya laki aku pon praktikan benda yang sama. dah kalau kat hostel, megi celur air panas tu sebab mudah. dapur takde. rice cooker mana boleh bawak. Ni yang suami aku ni, dapur periuk semua lengkap, boleh celur je.

haiii urut dada jelah aku. tapi nasib baik siap bawak masuk bilik untuk bini dia makan. kikiki. bab tu memang boleh dipuji lah. tulah aku cakap, setiap orang ni ada keburukan dan kebaikan dia. kita kena terima dengan lapang dada jelah. Dalam buruk dia, ada jugak baiknya.

Macam suami aku, kaki game. yang ni memang aku taw daripada sebelum kahwin. aku dah memang faham sangat kalau pergi shopping mall, memang akan masuk kedai cd game. kadang kadang aku rela bawak dia melencong tempat lain, sebab nak distract attention dia daripada melawat kedai game. sometimes berjaya, sometimes failed.haha

pada aku, biarlah dia main game mengadap xbox kat rumah. at least ade depan mata aku. aku taw la kegiatan dia. asalkan main game berpada-pada jangan sampai tak tidur, tak gi kerja, aku ok je. eh tipu kadang kadang aku menyirap jugak. tapi aku pujuk jugak hati sendiri. dia tak pernah kacau kalau aku tidur (which is my hobby) why should i bother if he's doing his hobby?

keyword, be patient. kalau tengah marah, memang kita jadi tak rasional. what i suggest is, take a step back, calm down, think rationally.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan