Selasa, 15 Mac 2011

rangsangan

aku mudah dirangsang oleh buku-buku. lagi-lagi kalau buku yang murah-murah. si kening lebat pernah sekali sound aku. asyik nak baca free je.
aku akan masuk mana-mana bookstore yang benarkan pengunjung baca percuma. dan aku akan secara automatik bersila atas lantai. lalu si kening lebat terpaksa ikut aku. hehe. kena buli sekejap.

ape boleh buat. duit tak selebat bulu kening si kening lebat.
dalam kesibukan aku tadi, lepas presentation terus bergegas Naim dengan Aman jemput ke Alamanda.

dan seperti yang diduga, aku terangsang dengan buku-buku yang banyak.
dan aku lebih terangsang kerana MPH sedang mengadakan sales.

up to 70% discounts.

lagi la ghairah aku.

special thanks to Aman dan Naim yang bersusah payah memilih dan memegang dan mengira harga selepas diskaun untuk aku.hehe.

untuk buku yang sepatutnya berharga lebih kurang RM130, aku dapat dengan harga RM38.60.

aku beli sebuah kamus Spanish, sebuah kamus English, dan sebuah Grammar book.

kadang-kadang hidup ini indah juga.

1 ulasan: