Sabtu, 5 Mac 2011

malu

dalam masa satu hari, aku mampu mengkhatamkan mana-mana blog yang aku suka, sampailah ke entry pertama.
aku gila membaca blog.  tapi aku bukan macam perempuan lain, aku mungkin tak trendy macam mereka. sebab aku tak buka blog fesyen macam diorang.
dan aku sekarang aku sudah mampu untuk tidak mempedulikan perbezaan yang timbul.

dulu-dulu, aku tak tahu nak rasa marah atau malu atau meluat, kalau mendengar orang-orang yang menganggap mereka up to date sebab mengenali nama-nama blogger perempuan yang femes kerana berfesyen cool dan updated.

antara situasi yang aku rimas:

*dua atau lebih perempuan jelita berbincang pasal blog fesyen. aku insan ke-3.
-aku pernah bertanya.
penulis: sape marsheila tuh?
anon   : tak kenal ke? dia femes gile, pakai baju cantik2, stylish, fashionista.
penulis: owh yeke..(senyum kambing)
anon 1 dan anon 2 menyambung. aku pura-pura belek inbox.

sebab aku peminat tegar blog yang menulis rapat-rapat dan setiap perenggan harus mengandungi 3 perenggan paling kurang.
dan aku sangat berminat untuk membaca pengalaman orang yang aku mungkin tak dapat alami.

seperti contoh, seorang warga Malaysia yang menetap di Pakistan. aku rela menatap satu persatu tulisan beliau.
aku mungkin hanya mampu menetap di Parit, dan tidak mampu ke Paris. dan oleh itu, aku berminat untuk mengetahui apa budaya orang di Paris yang nyata berbeza daripada orang Parit.

tapi aku tak mampu nak menghabiskan walau 5 entri aku.
aku rasa malu dengan diri aku.
macam,
eh, kenapa aku tulis benda bodoh macam ni??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan