Isnin, 14 Mac 2011

mulut

pernah tak orang sekeliling kau yang kadang-kadang berperangai ikut mood? macam, kalau dia bergaduh dengan awek dia, abes laptop dihempas, pintu dibanting, muka dikerut.
pernah?

dan bila mood baik, awek dia tak buat perangai, habis manja dia menempek.

dan kau harus mengikut mood dia. jangan tegur dia sewaktu dia ada masalah dengan awek dia, dengan kawan dia, dengan tunang dia. kunci mulut kau rapat-rapat dan simpan dalam beg tangan.

dan bila dia sudah ceria, baru kau boleh keluarkan mulut kau yang dizip rapi dalam beg tangan, buat sedikit senaman, dan bercerita.

berapa kerap boleh kau tahan? sekali dua? lima belas kali? lapan ratus kali?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan