Sabtu, 5 Mac 2011

biasa.

aku rasa tak normal kalau orang berjanji dengan aku, dan semudah menanggalkan seluar dalam, dia meninggalkan janjinya.


Macam, kawan kau terdesak. mahu pinjam kasut mungkin. dan atas rasa kasihankan kawan, dengan rela hati kau pinjamkan. dan si terdesak berjanji mahu pulangkan dalam sekian-sekian waktu. dan kau sgt perlukan kasut itu dan kau mermang akan pakai selalu dan itu satu-satunya kasut yang kau ada.

cliche.

orang yang terdesak akan berjanji macam2. lihat saja ahli politik. ah sudah. aku tak perlu kaitkan dengan politik.

sebelum dapat, laju je menabur janji sekian-sekian.

sudah dapat?
janji entah ke mana,
dan bila kau menuntut barang milik kau, kau dipalatkan.

sudahlah kau terpaksa tebalkan muka menuntut barang. nampak macam kau kedekut. tp kalau barang yang kau pakai hari-hari? dan bila kau menelefon, tiada jawapan dan kemudian dimatikan talian?

tak sakit hati kau?

aku mungkin boleh bertolenransi kalau kau berikan alasan yang lebih logik seperti:
1. kau keluar dengan girlfriend pd hari yang aku sepatutnya aku dapat barang aku balik.
2. kau demam sampai nak berak pon kena merangkak ke toilet.
3. kau digilis lori simen lalu hilang ingatan.
4. kau rasa kasut tu kau punya, aku yang pinjam dpd kau.

notakaki: ini bukan entri pasal kasut. mungkin boleh teraplikasi dalam kes wang, baju, seluar dalam.
ini entry tentang sikap.

melarikan diri menampakkan kepalatan kau.
be brave, young man.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan