Sabtu, 12 Mac 2011

harapan

aku belajar satu benda semalam.
tentang berharap. memang bagus untuk berharap yang manis-manis belaka daripada pasangan kita.

tapi aku belajar satu benda semalam.
jangan terlalu mengharap sesuatu yang di luar kebiasaan dia. seperti mengharapkan dia berjaga malam sehingga subuh semata-mata menemankan kita yang susah untuk melelapkan mata. padahal dia tidur seawal jam 10 malam.

aku belajar satu benda semalam.
untuk tidak kecewa, expect nothing from him. mungkin bila kita tidak expect sesuatu daripada orang lain, bila tiba-tiba kita diberikan sesuatu yang istimewa, mungkin kita akan jadi lebih gembira,
seperti, kita tidak menyangka bahawa si X akan memberikan kita hadiah berupa sekaki payung contohnya. dan kita akan lebih gembira kerana kita tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. dan kita belum pernah mendapat apa-apa waima sebatang sudu sekalipun daripada dia.
tentu indah bukan?

tapi persoalannya:
bila aku akan biasakan diri untuk tak expect from people?
aku akan expect abang bas berhenti semata-mata nak menumpangkan aku.
aku expect sewaktu aku tengah haus, ada lori Vico yang datang menawarkan air percuma.
dan aku expect sewaktu aku tengah sedih, akan datang si X memujuk hati aku.

dan aku akan terus-terusan kecewa.

notakaki: sekali lagi ini bukan persoalan bukan untuk sekaki payung dan secawan Vico.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan