Khamis, 18 April 2013

Pengantin Perasan

Dahla semua buat last minute, pastu semua nak buat sendiri.sebabnya aku ni boleh tahan cerewet gak.kalau boleh, nak buat pelamin sendiri. tapi tak terdaya la pulak. so aku buat la yang terdaya seperti menggubah bilik tidur and menghias khemah pengantin. orang lain nak kahwin sebuk pergi spa, aku sebok pegang hot glue gun.kikiki.style jugak ye dak?

pastu kalau boleh semua baju nikah, baju bersanding, baju bertandang semua nak desgin sendiri pastu nak beli kain sendiri pastu nak jahit sendiri. bab jahit sendiri tu propa lebih. baju kelawar koyak pon mak jahitkan. ade hati nak jahitkan baju pengantin sendiri.haha. tapi, mak nak jahitkan baju nikah je. yang lain tak larat dah.haha. yela mak.

Pastu, aku ni punya la perasan kreatif and banyak masa, siap offer nak siapkan bilik tidur and khemah pengantin untuk pihak lelaki. nasib baik dorang tempah je. tak taula sama ada dorang tak percaya dengan kreativiti aku or sayangkan aku.takot tangan kasar-kasar la katakan.hihi.nasib baik jugak.kalau tak, lebam la mata aku dok google design yang cantik-cantik. tapi google jela. siapnye tak jugak.haha

pastu siap aku ni nak offer nak jahitkan beads utk baju kurung makcik2 aku. nasib baik dorang tak ambil serius ngan offer aku. kalau tak, mau aku tertikam jarum kat perut sendiri.hahaha.

pastu nak buat veils sendiri.hahaha. aku ni too ambitious lah. hahhaa. berangan tak hengat. nyaris je aku beli lace kat jakel utk buat veil.tapi aku tahan je diri.hahaha.sewa jela. malas nak pening-pening.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan