Khamis, 18 April 2013

Design Baju Kahwin Moden

sebenarnya aku ni kategori last minute kind of person. Orang keliling aku yang histeria tengok aku ni takde persiapan pon nak kahwin, padahal, aku rilek je.haha. nak kata tak suka nak kahwin, memang sah-sah la penipu besor.haha. tapi aku ni malas betol la bende-bende leceh cenggini.

Nak pilih design untuk baju bersanding pun, aku pilih dalam setengah jam je kot.hahaha. tu pun tengok design hattadolmat. thanks hatta. nak beli dengan u memang tak mampu. terpaksa lah sewa baju inspired by hattedolmatcouture gitu.hahaa.

pastu aku ni sekejap nak  kaler peach. sekajap nak purple. aku pon pening. boipren aku lagi la pening.hahaha. kaalau gabung peach and biru style jugak ye dak. Rimas benar lah aku.

So ni antara benda yang aku dah deal utk kerja kahwin-kahwin ni.

1.pelamin (although aku tak reti nak pilih yang mana satu.semua lawa je aku nengok.haha.tp at least dah book. and boleh ubah later)

2. baju pengantin, mekap (walaupun baju aku tak siap pon lagi.siap mak andam tu salah beli warna lagi.means bukan peach yang aku nak.pastu die beli yang lain, walaupun aku tengok cantik je peach tu. tapi dah mak andam nak beli lain, sila lah beli.hahah. jangan tak siap baju aku sudah).

3. goodie bags, jajan, sumi ( tak taw eja. sebut je pandai.haha). menangis aku tengok goodie bags pon harga kemain. pastu untuk kawan2 lagi special. aku kena paksa ngan mak and makcik aku untuk beli yang lawa-lawa. aku dah nak menangis dah tengok harga satu-satu.hahaha. pastu kena paksa beli frame gambar utk letak dalam goodie bag. arghh tensionnnnn. ni lah padahnye shopping ngan mak-mak ni. semua nak beli. baik aku shopping ngan tunang. haha. tapi, since jajan tu simpan dalam bilik aku, aku la yang makan sikit-sikit.hahah

4. untuk sedara and jiran-jiran terdekat, aku dah beli Yasin made in Mydin.haha.support Mydin uolss. padahal cari yang murah.haha. walaupun tak glemer, tapi mudah-mudahan korang baca la yek.haha

5. baju untuk nikah, mak aku jahitkan. sebab, aku nak kasi anak aku pakai nanti bila die nak kahwin.haha.
Berangan lebih. lagipon, nak buat kenangan. Raya kang tak payah beli baju dah. haha. daripada ko sewa ratus-ratus, tapi at the end of the day, tetap kena pulangkan. baik ko buat sendiri, ade jugak pekdahnye.


6. kad nikah almost settled.almost lah.

7. bunga telur ni belom setel lagi.adeh malas benor la hai.

8. cadar bilik tidur dah beli.langsir dah beli.nanti aku upload kalau rajin. nanti dah tua-tua boleh baca blog sendiri sambil senyum-senyum teringat malam pertama.eh?? haha. kejadahnya nak baca blog bila tua-tua nanti. baca yasin lagi ade pekdah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan