Jumaat, 13 November 2009

bebaslah hati

aku rasa,tiba sudah detiknya.sampai sudah waktunya,aku bebaskan rasa benci segala..

aku ini insan keji,aku ini jijik,aku ini apa-apa saja yang busuk-busuk..
aku hina.aku jelik.aku keji ibu bapa kau.aku keji seluruh keturunan kau.aku cela nasab keturunan kau.aku sumpahkan celaka.

aku mmg keji.aku mmg jijik.aku tak mampu utk jadi lebih hina kalau ibu bapa aku tak kau keji.bukan keturunan aku yang kau carutkan.bukan datuk moyang aku yang kau makikan

aku insan biasa
ada marah ada makian
ada hari aku jadi sehina-hina manusia
kalau bukan maruah aku yang kau humban

hari ini,aku mahu bebaskan segala rasa benci yang menanah.yang menjahanam.yang membusuk.aku maafkan segala.kalaupun aku mati,jangan aku menghadap Dia dengan segumpal rasa amarah yang aku dendamkan..

Nabi pun maafkan umatnya.aku tahu ramai yang akan berkata begitu.tapi aku bukan Nabi..aku bukan maksum.seketul daging dalam diri aku ini tak mampu menahan gelodak amarah.

aku bukan siapa-siapa.aku insan biasa yang meluap pabila diprovok keterlaluan.

aku tidak marah jika aku yang dipersoalkan.aku yang dihinakan.lalu apakah rasionalnya segala asal usul nasab keturunan aku kau
cacikan..

aku bukan anak haram.tidak adil bukan,aku terima segala nista.waima anak haram pun tidak layak dipersoalkan kejadiannya.tolollah kau kalau kau persoalkan..tiada siapa meminta dilahirkan sebagai anak haram.tolong ambil perhatian.

aku sifatnya manusia.aku asalnya insan.insan sifatnya mudah lupa.aku mungkin lupa apa yang kau cacikan.mungkin aku tidak ingat detik ketikanya.selepas isyak kah.selepas solatkah.

namun aku takkan dapat lupa
pahitnya menelan hempedu.seksanya mengunyah batu.benci amarah menjadi satu.

hari ini
bebaslah segala rasa
nyahlah segala benci yang menghimpit dada
aku maafkan kau atas kecelakaan semua
jelik aku hidup mengusung celaka

...............................................................

*pergi semua.jangap hinggap aku lagi*


aku maafkan kalian.walau aku tak pasti kalian sedar atau tidak.kalian menyesal atau tidak.tapi aku menyesal..menyesal mengeji ibu bapa kalian..dan aku menyesal kerana mempalit noda pada zaman remaja aku yang seharusnya indah belaka.

*tarik nafas dalam-dalam*


aku belum mampu melafaz kata maaf.cukuplah dulu aku yang memaafkan.selebihnya aku usahakan kemudian.terpulang pada ketentuan.

*lega*

aku ringan
hilang segala beban
syukur pada Tuhan

selamatlah semuanya.enam tahun mengusung benci.pergilah selamanya.

*air mata bergenang*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan