Khamis, 28 Ogos 2014

Sandwic untuk suami

Wahahaha tajuk tak beragak.  Dah macam tajuk filem Erma Fatima dah. hai Kak Ema, kalau nk buat filem

tentang sandwic, tak kisahlah tajuk apa Sandwic-Sandwic Cinta, Love U Mr Sandwic, Sandwic Sedap

200% (inspired from Rindu Awak 200%) atau apa-apa tajuk, panggil lah saya untuk jadi heroin.

Gerenti company akak akan melingkup lepas tu.



Alkisahnya macam ni, laki ahkak ni pagi-pagi setiap hari mesti nak buat ahkak touching. Macam ni, tempat keje laki ahkak ni jauh, sejam jugak perjalanan dengan kereta. kalau jalan kaki, 4 hari baru sampai sebab jalan-pitam-jalan-pitam-jalan- pitam pitam pitam. Campur dengan jam lah sebab pagi-pagi kan semua pakat keluar nak gi keje, nak anta anak sekolah, dah la lalu depan sekolah kat sibuk sikit. Mana boleh laju-laju kang tak pepasal langgar budak.

Tiap hari ahkak sediakan sandwic untuk laki ahkak. Ala sandwic bodoh2 je. Goreng telur sebijik, taruk salad, tarok sos, cheese sekeping, mayonese. Setel. Tapi kalau takde bahan-roti tarok telur goreng and sos pon boleh...

Tak mampu ahkak nak buat breakfast yang heavy pepagi. Laki ahkak kuar rumah pukul 6.45 paling lewat. Dahtu pukul berapa ahkak nak bangun? hihi.

Tapi insyaallah lepas ahkak resign (last day working), ahkak buat heavy breakfast.

Ceritanya macam ni...

Tiap-tiap hari masa otw to work, laki aku akan SMS:

Thanks syg buatkan I sandwic..
Thanks syg buat bfast untuk I..
Thanks syg bangun pagi buat sandwic..
Sandwic u mmg terbaik la syg, thanks syg..
Sanwic u plg sedap la syg...

Wahhh suwitnye laki sapa ni...

Isteri mana yang tak gembira kan.
walaupun kita tau, apela yang sedap sangat kan.
Telur mata kerbau je pun..

Tapi pujian macam ni buat isteri besar hati.
Rasa terus nak berkhidmat untuk suami
Masak pon seikhlas hati

Majulah sandwic untuk laki bini.

1 ulasan:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam