Rabu, 20 Ogos 2014

Kisah cikgu-cikgu

Aku selain bernasib malang, tidak cantik, tak pandai masak, loudspeaker, cuai, turut tidak mempunyai bakat untuk jadi seorang cikgu.

Susahnya jadi cikgu ni. Selain tak terlatih, jugak tak punyai kesabaran dan ketukanan. Tapi aku bukanlah teruk sangat. Awal-awal lagi aku dah niatkan untuk tolong budak-budak ni. Guide dorang bukan saje untuk English subject, tapi untuk hidup dorang. Tapi kadang-kadang ada la jugak tergelincir daripada landasan. Tuntutan kerja, kesuntukan masa, kecelaruan emosi, these factors influence me a lot.

Kadang-kadang perangai students sendiri yang buat cikgu-cikgu menyampah. Datang kelas menganga semua nak kena arahkan. Even bukak nota and keluarkan pen pon kena suruh. Sobbbsss memang hazab. Tu belom kira ulang sampai 20x pon tak faham. Mengajar English sampai kena translate in Malay. Pon tak faham. Nak translate into Spanish, aku pun dah kurang ingat. Dugaan apakah iniiiiii...?

Tu belom lagi perangai tak datang kelas, tak datang on time, kelas dah sejam start, baru nampak muka. Ya Allah aku pantang betul kalau orang macam ni. Ntahlah dulu masa muda-muda dulu aku pun macam ni. Asik nak memonteng. Tapi bila hujung-hujung degree tu aku ade lah keinsafan sikit.

Aku rasa aku dah go extra 100, 000 miles pon. Kejotkan bangun tidur, pergi gegar pintu hostel, call mak ayah, hantar SMS untuk remind tentang exam, assignment.

Oh mungkin lepas ni kena jumpa bomoh 1Malaysia. Mintak buangkan jin ifrit dalam badan. Ketegaq betoi.


Pernah satu kali, aku bengang sangat. Deadline assigment dah  tamat. Tapi assignment tak jugak nampak batang hidung. Nak kasi 0 aku tak sampai hati. Pikirkan masa depan dia. Aku pulak kena tolong pikirkan untuk dia. Ketahian sungguh. Aku pun panggil la dia dok sebelah meja aku. Kebetulan masa tu staff sebelah aku cuti sempena naik pelain. Mula-mula buat kerja.Sampai tengah hari, dia nak pi makan. Aku ok ja. Takkan pi makan pon nak control? amboi over sangat.

Tapi budak ni nak angkut laptop pi buat kat terminal bas baru. Ada wifi kata dia. Awat dalam opis ni wifi tak dak ka aku tanya? Dia jawab, "Ada, tapi nak buat kat sana sambil makan."

Aku jawab, " Pi makan pastu mai balik pulun bagi siap hat yang tangguh dulu-dulu. Laptop tinggai sini satgi mai balik sambung gheja."

Student pemalas bertuah: Ok Madam.

Last sekali, ha amik hang. Sampai pukul 5.30 batang hidung pon takdak. Mana la aku tak geram. Rasa macam tercabar. Rasa terbakaq baq hang. Rasa macam kena game dengan students. Najis sungguh la.

Aku bukan takmau bagi dia bebas, tapi aku mintak haritu ja mai siapakan assignment hat lama-lama. Pasaipa, mak dia hari-hari dok calling aku dok mai mengadu mintak tolong guide anak dia. Hati sapa tak cayaq (cair). Aku kesiankan mak ayah dia ja. Hang nak pi melingkup, hang kena pikiaq hati mak ayah hang sama. Sampai keluaq ayaq mata ayah dia masa mai ofis bincang pasai anak dia.

Kalau ayah aku, makan nasik pakai straw lah aku kekdahnya makan penampaq jepun 60 das.

ps: conversation was made in standard Malay, key ell punya accent, bukan utagha.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan