Ahad, 3 Ogos 2014

Ibu kandung vs Ibu mertua

Sapa yang korang rasa the best person dalam dunia? Bagi aku, orang paling banyak berkorban untuk aku ialah mak aku sendiri. Macam mana mak sanggup susah payah untuk aku, untuk adakan benda yang tiada. untuk bagi duit belanja tiap bulan.rasanya dah lama aku tak mintak duit kat mak rasanya.iyalah dah kahwin kan. malu pulak laki aku kalau bini asek mintak duit je.



aku ni bukanlah kategori yang ringan tulang sangat. tambah-tambah lagi bila badan macam Rikishi Phatu ni (i dont know how to spell. but if u happened to watch WWE or WWF u will know this fat guy. His faberet is tenyeh juboq kat muka orang. How inconsidered is that, knowing that that person might be suffocated).




tak ke lemas kalo kene hempap gini?


ok.back to the story. bila aku kene buat kerja rumah daripada menyapu, mop, cuci pinggan, cuci kain, sidai kain, masak- aku kadang-kadang naik hangin jugaklah.u name it, semua aku kena buat. asik-asik muka aku je yang kena. orang lain bersedap baring aku jugak yang kena banting tulang. tapi bila aku pikirkan balik, kalau mak yang buat, dia diam je tak berbunyi. tapi kalau aku yang buat, alamat boleh kemek la kuali aku kerjakan. ce bayangkan. sorang nak goreng telur amek kuali lain. nak masak megi kuali lain. arghhh tulis je ni pun aku dah tensen.

Dat was me di rumah ibu kandung. mengamuk bila penat buat kerja. 

but then, kat rumah mak mertua pun aku kena buat kerja jugak. tapi to my suprise takdelah buat aku buat pangai tarzan jeritkan sapa yang sepahkan kusyen. pandai pulak aku angkat diam-diam.padahal tiap-tiap macam tu, entahlah jerangkung mana ntah takde sivik and pemalas sangat.haha. maybe aku segan kot nak marah-marah.

And for me, yes ibu mertua and ibu kandung sangat berbeza. memang aku sedaya upaya nak bagi layanan yang sama. adil. tapi kasih sayang bukan sesuatu yang aku boleh paksakan. dari segi material wang ringgit memang boleh adil. tapi dari segi perasaan dan hati aku tak boleh paksa. apa yang aku boleh buat, adalah jaga hati dua-dua pihak agar takde yang kecik hati.


Emak sendiri yang dah jaga aku selama 24 tahun dan mama yang baru tak sampai 2 tahun aku kenal. mana nak sama kan? tapi dua-dua pon emak. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan