Rabu, 13 Januari 2010

aku-tak-mampu-memberi-tajuk

siapa mahu pinjamkan matahari?
nah,aku cagarkan semua yang aku ada

siapa mahu terbangkan aku awan?
nah,ambil segalanya

siapa mahu benarkan aku sentuh pelangi?
aku tak perlukan selainnya

rindu yang tak terhinggga nak menatap pelangi..kali terakhir aku lihat pelangi,aku sendiri tak mampu ingati..
dan aku sehingga kini tak mampu mentafsirkan perasaan tiap kali aku lihat pelangi.. semacam ada satu suara yang datang dalam diri aku sendiri untuk menatap lebih lama lagi.lagi.dan lagi.

sedikit klise kalau diamati secara literal..betapa aku alpa terhadap kewujudan pelangi,yang tak mampu ditandingi oleh spektrum prism.

berilah aku sejuta warna,tetap aku pilih pelangi terbias
berilah aku milion filem,aku tetap mahu tonton pelangi

pelangi yang terbias,yang muncul tak terduga
pelangi yang kabur terbias,yang hilang tak berpesan
pelangi ufuk senja yang tak berpenghujung

kredits untuk dr.yong yang mengingatkan aku
tentang keindahan pelangi
tentang kesempurnaan pelangi
tentang warna alam
tentang kehidupan

mari
dekat padaku
aku tatangpeluk sepenuh jiwa

hidup ini berjuta warna
di hujung sana pelangi indah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan