Khamis, 24 Julai 2014

Baju Raya Jakel Tak Cantik?

opss kesian pulak aku baca kisah pembeli yang rasa tertipu dengan Jakel ni. Yela kan, dah bayar mahal-mahal mesti lah harap dapat bergaya macam Aaron Aziz dan Zizan di pagi raya. Kacak dan sado macam abang Aaron kekdahnye.Tapi ramai pulak complaint baju raya Aaron Aziz dan Zizan ni tak semenggah dengan harga.

Yela orang biasa macam aku yang kena kerja keras berhari-hari untuk beli sepasang baju melayu Aaron Ajiz ni memang lah kesian. Ada yang cakap terpaksa kerja 5hari 4 malam untuk beli baju tu. Penat lelah kerja habis macam tu. Lainlah kalau baju memang berkualiti dan pembeli puas hati, berhabis sikit pun tak kisah kot.

As for me simple je, tak kuasa aku nak beli baju raya mahal-mahal kalau terpaksa kerja berhari-hari untuk kumpul duit. Baik aku simpan or beli barang yang lagi perlu. Ni diri aku la. Lain orang lain pendapat. Lantak lah poket masing-masing ye dak. 

And hari ni hari Jumaat. Sabtu, Ahad, then comes Monday. Raya day. fuhh baju raya satu pun takdak lagi. Bukan setakat baju raya takdak, kasut raya takdak, spenda raya pon takdak lagi. Ntahlah macam tak bernafsu nak membeli. Faktor nak jimat pon ye jugak. Sebab duit abes ke bazar ramadhan and kuih raya untuk mak dan mak mertua.hahah.citpodah. Tapi kejam betul pulak kalau takdak baju raya. Untuk aku, tak kisah sbb taun ni aku dah ada lebih 5 pasang baju baru kot. Tapi kesian pulak kat B sebab takde baju.hihi

takpa malam raya kang kite gi beli..bukan ada anak kecik pon nak kena prepare awal-awal.hihi
Duit raya pon tak masukkan lagi dalam sampul. Rumah pon tak kemas lagi. kuih raya memang tak sentuh lah. tunjuk-tunjuk je senang. 

Ntahlah mood raya belum datang lagi. Kalo tak datang-datang sampai hari Ahad cemana? Kesian laki aku.hihi
Satu-satunya feel raya yang dah mai ialah feeling makan biskut raya. kahkahkah. sebalang tinggi almond london aku beli. hambek kau.makan puas-puas.

Raya ke-2 sebagai isteri. Harapnya raya ke-3 nanti sebagai wanita hamil ( hamil?hahaha). raya ke-4 sebagai mummy!! hihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan