Kalau anak-anak tak cerdik masa kecik, ibu bapak ni jangan lah pressure the kids. Hantar tuition siang malam sampai takdak masa untuk belajar mengaji and belajar agama. Jangan dikejar sangat dunia ni, kang sendiri yang rugi. Jangan lah freak out kalau anak-anak tak perform masa sekolah.
Ni berdasarkan pengalaman hidup aku jugak. Ramai kawan-kawan yang lagi tak cerdik daripada aku (based on academic performance), bila sekolah menengah dapat sekolah harian biasa-biasa je, tapi sebab Allah dah tentukan rezeki dia, sekarang sambung belajar kat overseas uolss. Rezeki dia.
Tulah, jangan sesekali pandang rendah kat orang. Pandang kononnya dia ni takda masa depan. Astaghfirullah. Masa depan kita tak tau.
Macam aku, masa kecik-kecik, I was a bright student (masa exam mesti dapat nombor 5 ke bawah). I was a scorer. Dapat pergi MRSM, although dekat MRSM i wasnt competing equally good, but competing with top students from all over Malaysia wasnt that easy. I managed to graduate with 8A's in SPM. A frustrating result.
Then masuk matriks. OH TENSEN. Ni nanti aku cerita nanti. Bila kenangkan kan balik pob boleh buat aku sesak nafas. Zaman kegelapan aku. Academically lah.
Bila masuk UPM, aku ni bodoh tah kenapa kononnya stress sangat belajar Math kat matriks so bila pilih UPU, amik course yang totally tak pakai nombor and calculation. The only calculation and number yang ada pon, setakat kira-kira course marks, tambah final, tambah presentation. That's all. Easy peasy. Boleh buat sambil kentut. Yang aku pening, Dy Dt Dv. What???
Dahlah takda sapa yang guide aku untuk ambil course apa kat uni (macam biasa, salahkan orang lagi best).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan