Khamis, 28 Ogos 2014

Sandwic untuk suami

Wahahaha tajuk tak beragak.  Dah macam tajuk filem Erma Fatima dah. hai Kak Ema, kalau nk buat filem

tentang sandwic, tak kisahlah tajuk apa Sandwic-Sandwic Cinta, Love U Mr Sandwic, Sandwic Sedap

200% (inspired from Rindu Awak 200%) atau apa-apa tajuk, panggil lah saya untuk jadi heroin.

Gerenti company akak akan melingkup lepas tu.



Alkisahnya macam ni, laki ahkak ni pagi-pagi setiap hari mesti nak buat ahkak touching. Macam ni, tempat keje laki ahkak ni jauh, sejam jugak perjalanan dengan kereta. kalau jalan kaki, 4 hari baru sampai sebab jalan-pitam-jalan-pitam-jalan- pitam pitam pitam. Campur dengan jam lah sebab pagi-pagi kan semua pakat keluar nak gi keje, nak anta anak sekolah, dah la lalu depan sekolah kat sibuk sikit. Mana boleh laju-laju kang tak pepasal langgar budak.

Tiap hari ahkak sediakan sandwic untuk laki ahkak. Ala sandwic bodoh2 je. Goreng telur sebijik, taruk salad, tarok sos, cheese sekeping, mayonese. Setel. Tapi kalau takde bahan-roti tarok telur goreng and sos pon boleh...

Tak mampu ahkak nak buat breakfast yang heavy pepagi. Laki ahkak kuar rumah pukul 6.45 paling lewat. Dahtu pukul berapa ahkak nak bangun? hihi.

Tapi insyaallah lepas ahkak resign (last day working), ahkak buat heavy breakfast.

Ceritanya macam ni...

Tiap-tiap hari masa otw to work, laki aku akan SMS:

Thanks syg buatkan I sandwic..
Thanks syg buat bfast untuk I..
Thanks syg bangun pagi buat sandwic..
Sandwic u mmg terbaik la syg, thanks syg..
Sanwic u plg sedap la syg...

Wahhh suwitnye laki sapa ni...

Isteri mana yang tak gembira kan.
walaupun kita tau, apela yang sedap sangat kan.
Telur mata kerbau je pun..

Tapi pujian macam ni buat isteri besar hati.
Rasa terus nak berkhidmat untuk suami
Masak pon seikhlas hati

Majulah sandwic untuk laki bini.

Rezeki

Rezeki setiap orang tu berbeza. Allah dah tentukan rezeki setiap hambanya. Ada yang dapat rezeki jadi cantik, kaya, bijak, dapat anak yang comel dan soleh, dan macam-macam lagi la..countless blessings.

Kalau anak-anak tak cerdik masa kecik, ibu bapak ni jangan lah pressure the kids. Hantar tuition siang malam sampai takdak masa untuk belajar mengaji and belajar agama. Jangan dikejar sangat dunia ni, kang sendiri yang rugi. Jangan lah freak out kalau anak-anak tak perform masa sekolah.

Ni berdasarkan pengalaman hidup aku jugak. Ramai kawan-kawan yang lagi tak cerdik daripada aku (based on academic performance), bila sekolah menengah dapat sekolah harian biasa-biasa je, tapi sebab Allah dah tentukan rezeki dia, sekarang sambung belajar kat overseas uolss. Rezeki dia.

Tulah, jangan sesekali pandang rendah kat orang. Pandang kononnya dia ni takda masa depan. Astaghfirullah. Masa depan kita tak tau. 

Macam aku, masa kecik-kecik, I was a bright student (masa exam mesti dapat nombor 5 ke bawah). I was a scorer. Dapat pergi MRSM, although dekat MRSM i wasnt competing equally good, but competing with top students from all over Malaysia wasnt that easy. I managed to graduate with 8A's in SPM. A frustrating result. 

Then masuk matriks. OH TENSEN. Ni nanti aku cerita nanti. Bila kenangkan kan balik pob boleh buat aku sesak nafas. Zaman kegelapan aku. Academically lah.

Bila masuk UPM, aku ni bodoh tah kenapa kononnya stress sangat belajar Math kat matriks so bila pilih UPU, amik course yang totally tak pakai nombor and calculation. The only calculation and number yang ada pon, setakat kira-kira course marks, tambah final, tambah presentation. That's all. Easy peasy. Boleh buat sambil kentut. Yang aku pening, Dy Dt Dv. What??? 

Dahlah takda sapa yang guide aku untuk ambil course apa kat uni (macam biasa, salahkan orang lagi best).

Rabu, 27 Ogos 2014

Welcome to the land of hatred

Where everybody backstab and badmouth each other.

Yes, it is true everywhere we go, any place we work for, there would always be some bunch of scumbags.

In my office, there are dramas too.

As for me, I dont pick sides.

I befriend with everyone.

Those who I found to be nosy, bossy, and kepochi,

I keep my distance.

Easy.

Selasa, 26 Ogos 2014

Busy

Life is chaotic. Everything is out of hand.

Everything is unkind and unpredictable.

Such is life.

Digest everything.

Ahad, 24 Ogos 2014

Kereta

Dulu masa mummy kecik-kecik kan, atok takda kereta lagi. Mummy tingkatan 1 baru atok beli kereta. Beza sangat hidup mummy and daddy. Kalau mummy hidup susah, daddy sebaliknya. Celik-celik mata ja, daddy dah merasa naik kereta. Mummy ingat lagi. Masa tu nenek bersalin kan pakcik korang si Ayen tu. Mummy ngn paklong main lah berdua kat rumah. Main kat luar. Masa tu Mummy ingat lagi, masa atok n nenek sampai, mummy and paklong main kat pokok bunga. Tinggal berdua je, Mummy masa tu umur 4 tahun, paklong 5 tahun. kitorang masa ni dah boleh diharap. Atok sewa teksi je amek nenek, sebab takde kereta kan. Daddy tu, celik-celik mata je dah mewah.

Ingat lagi kalau masa kecik, nak balik je kampung kat Perlis, atok sebok cari kereta nak sewa. Tapi sebab kereta tu kawan atok punya, atok isi minyak dan belanja makan. Pakej siap dapat driver sekali.Haha. Masa tu, arwah moyang sakit Mummy sakit. terpaksa lah banyak kali balik. balik Perlis pulak tu, bukan sikit-sikit belanja. Dahlah susah, bila ada hal kecemasan macam ni terpaksa ikat perut hutang sana sini. Sedih pulak mummy rasa.

Dulu kalau nak berjalan, terpaksa tunggu Paman Deris balik kampung dan bawak kitorang satu keluarga jalan-jalan. Paman Deris is mummy's best uncle in the whole wide world. Paling best. Sebelum kahwin, paman (uncle in bahasa Jawa) ada beli kereta Iswara Aeroback. Masa tu, memang nak pegi mana-mana mesti bawak Mummy and paklong. Kadang-kadang bawak paklang Ayen. Merata kami ikot paman berjalan. Ke Perak, singgah Cameron Highlands, Terengganu, etc... 

Mummy ni dari kecik memang suka membaca. Oklah tu kan. Tapi bila kenang-kenangkan balik, kelakar pulak rasa. Ada sekali tu, Mummy ikut family Paman Pie gi meminang bakal isteri paman kat Terengganu. Ntahlah macam mana boleh muat sebijik kereta sumbat ramai-ramai. haha. dalam kereta Saga tu ada family paman pie empat beranak, paman deris, and mummy. Macam ramai je.haha.

Sepanjang perjalanan tu kan, mummy ni punyalah bongok asek baca signboard. dahla kuat. lepas tu kan, Paman pie ni puji-puji la mummy. cakap la mummy ni pandai la. mummy ni pon ape lagi, makin galak la baca signboard. Semua signboard termasuk papan tanda kedai-kedai pon mummy baca. aloud lagi tu. haduss bongok nye pangai.haha. biasa la jakun naik kereta gi jalan-jalan. hihi

Rabu, 20 Ogos 2014

Kisah cikgu-cikgu

Aku selain bernasib malang, tidak cantik, tak pandai masak, loudspeaker, cuai, turut tidak mempunyai bakat untuk jadi seorang cikgu.

Susahnya jadi cikgu ni. Selain tak terlatih, jugak tak punyai kesabaran dan ketukanan. Tapi aku bukanlah teruk sangat. Awal-awal lagi aku dah niatkan untuk tolong budak-budak ni. Guide dorang bukan saje untuk English subject, tapi untuk hidup dorang. Tapi kadang-kadang ada la jugak tergelincir daripada landasan. Tuntutan kerja, kesuntukan masa, kecelaruan emosi, these factors influence me a lot.

Kadang-kadang perangai students sendiri yang buat cikgu-cikgu menyampah. Datang kelas menganga semua nak kena arahkan. Even bukak nota and keluarkan pen pon kena suruh. Sobbbsss memang hazab. Tu belom kira ulang sampai 20x pon tak faham. Mengajar English sampai kena translate in Malay. Pon tak faham. Nak translate into Spanish, aku pun dah kurang ingat. Dugaan apakah iniiiiii...?

Tu belom lagi perangai tak datang kelas, tak datang on time, kelas dah sejam start, baru nampak muka. Ya Allah aku pantang betul kalau orang macam ni. Ntahlah dulu masa muda-muda dulu aku pun macam ni. Asik nak memonteng. Tapi bila hujung-hujung degree tu aku ade lah keinsafan sikit.

Aku rasa aku dah go extra 100, 000 miles pon. Kejotkan bangun tidur, pergi gegar pintu hostel, call mak ayah, hantar SMS untuk remind tentang exam, assignment.

Oh mungkin lepas ni kena jumpa bomoh 1Malaysia. Mintak buangkan jin ifrit dalam badan. Ketegaq betoi.


Pernah satu kali, aku bengang sangat. Deadline assigment dah  tamat. Tapi assignment tak jugak nampak batang hidung. Nak kasi 0 aku tak sampai hati. Pikirkan masa depan dia. Aku pulak kena tolong pikirkan untuk dia. Ketahian sungguh. Aku pun panggil la dia dok sebelah meja aku. Kebetulan masa tu staff sebelah aku cuti sempena naik pelain. Mula-mula buat kerja.Sampai tengah hari, dia nak pi makan. Aku ok ja. Takkan pi makan pon nak control? amboi over sangat.

Tapi budak ni nak angkut laptop pi buat kat terminal bas baru. Ada wifi kata dia. Awat dalam opis ni wifi tak dak ka aku tanya? Dia jawab, "Ada, tapi nak buat kat sana sambil makan."

Aku jawab, " Pi makan pastu mai balik pulun bagi siap hat yang tangguh dulu-dulu. Laptop tinggai sini satgi mai balik sambung gheja."

Student pemalas bertuah: Ok Madam.

Last sekali, ha amik hang. Sampai pukul 5.30 batang hidung pon takdak. Mana la aku tak geram. Rasa macam tercabar. Rasa terbakaq baq hang. Rasa macam kena game dengan students. Najis sungguh la.

Aku bukan takmau bagi dia bebas, tapi aku mintak haritu ja mai siapakan assignment hat lama-lama. Pasaipa, mak dia hari-hari dok calling aku dok mai mengadu mintak tolong guide anak dia. Hati sapa tak cayaq (cair). Aku kesiankan mak ayah dia ja. Hang nak pi melingkup, hang kena pikiaq hati mak ayah hang sama. Sampai keluaq ayaq mata ayah dia masa mai ofis bincang pasai anak dia.

Kalau ayah aku, makan nasik pakai straw lah aku kekdahnya makan penampaq jepun 60 das.

ps: conversation was made in standard Malay, key ell punya accent, bukan utagha.










Khamis, 14 Ogos 2014

Flash back

Aku start ada blog since 2009 kalau tak silap. Aku start baca blog since 2008. Awal-awal dulu, memang hari-hari aku baca blog. Paling feberet blog Fynn Jamal. Sampaikan bila baca entry lama-lama dia, aku boleh pulak ikot emo sekali. Padahal entry lama kot.

Siap boleh khatam sampai the very first entry. She influenced me a lot. Kalau dulu, semua aku rasa apa yang dia fikir tu betul. tapi sekarang, I beg to differ uollsss. Ada yang aku setuju, ada yang aku baca macam angin lalu gitu. tak setuju tapi tak la bangkang. Pendapat masing-masing kan. 

Dulu hanya 2 orang mutual friend kat facebook yang like her page. Sekarang 100+ yang like her page. Dah rasa tak eksklusif dah Fynn Jamal untuk aku. YES aku tamak.Haha. Macam aku tamakkan suami aku.hihi

Aku tak heran kalau blog Keknis and Kokping ada ratusan reader sebab well you know who they are. Sekarang Kokping tak update blog. Keknis empat bulan sekali baru update.sobsss. Keknis tu sebaya aku je pon. Sebok nak KeknisKeknis kenapa? hahaha

Walaupun dah start tulis blog daripada 2009, tapi aku ni jarang sangat menulis. Macam ada musim. Musim sedih update la blog. Kalau musim bahagia harammmmm nak update. Dasar lupa daratan betoi.

Aku tulis untuk diri aku sebenarnya. So nanti anak-anak mummy boleh baca and know your mom well. Selami hati mummy, tau apa yang their mummy go through masa muda.

Nanti masa tengah breakfast, anak-anak mummy tanya;

"Mummy, dulu masa muda mummy selalu gaduh ngan daddy kan?"
         "Mana Daniel tau mummy and daddy selalu gaduh?"
"Daniel baca blog mummy malam tadi."
           
erkkk.....

Walaupun boleh je tulis semua benda yang seronok-seronok je.
Tapi biarlah anak-anak mummy nanti tau ups and downs hidup parents depa.

Biar depa belajar daripada pengalaman mak ayah depa.
Lagipun tulisan ni is primary source of information.
Ditulis pada masa kejadian.
Takde unsur tokok tambah yang mungkin terjadi bila aku ceritakan 20 tahun akan datang.

Seperti biasa, entry ni tiada ending menarik.



Friends or Foe?

Pernah tak korang ade kawan yang selalu datang menyendeng kat korang bila korang ada semuanya?

Yang datang menghimpit bila korang senang and ada harta?

Yang datang dekat untuk kepentingan depa?

Yang datang cari kau bila depa tak dak kawan lain?


So how u treat this kind of person?
I used to have one.
Which I realised tat she only replied my text when she was no longer in hostel-
Meaning that at that time her friends were not around her,
She felt bored-
she texted me.

Bila dia kat hostel,
Text aku langsung tak berbalas.
Bz katanya.
Tapi hari2 post selfie kat Setarbak, Pabilion, etc

As for me, tak payah layan lah kot.
No used to terasa hati.
Kalau kau penting dalam hidup dia, takkan dia treat you that way.
Remeber.
Kalau sekali dua terkena tak apa lagi
But then kalau banyak kali-
Angkat kaki.

Aku pun tak sakit hati.

Now I miss my friends from  MRSM Kuala Klawang.
Hurrmm.

Selasa, 12 Ogos 2014

Letih

Macam dah jatuh ditimpa tangga je aku rasa.

Masalah 1.
Masalah aku and Master. Bloody hell.
Bila dah kahwin ni, aku punya priority berubah. Bukan terpaksa utamakan suami, tapi aku memang pilih untuk utamakan suami. Siapa nak layan mood swing aku kalau bukan suami. Hewhewhew

-Biasiswa JPA dah terlepas. 20k gone.
-kena bayar denda almost 3k. damn malas nak ingat.
-nak tukar course to Human Resource. minat aku ni.
-hostel dah penuh
-takde transport nak kerja kat luar
-tak reti bawak kete manual
-takde kereta auto
-tak mampu beli auto car by cash
-rindu suami


Masalah 2.
Suami tiba-tiba quit his current job and find a new one. However, lagi jauh daripada rumah and paid less that current job. Hurmmmmmmmmmmmmm.

-Aku yang tension kenape? Lantaklah. LESS PRESSURE is all he wanted, let him be. Doakan everything turns out well. Hopefully my husband is happy with his new job. Amin.

Masalah 3
Mak tak berapa sihat. Haihh macam mana ni? Gusarnya hati aku.

Eh tu je masalahhh??? Macam banyak sangat tadi.

Ehhh ada lagi...

Masalah 4.
Perang dingin.
-Dah setel. Hihihii. Aku ni bila aku terasa hati, aku akan diam dan jauhkan diri.hahaha.pastu assume orang dah tak sayang. Pangai sapa aku ikot pon tak tau lahhh...hahaha

Alhamdulillah kami suami isteri sihat and sejahtera despite all this dugaan.

No matter what happened, I am still lucky to have my loved ones around me.

Errr, still lucky. I guess.



Rise and shine!

Insurance

I have read somewhere but I cannot remember the source saying that-

Orang yang paling bijak are those yang belajar daripada experience orang lain,
Orang yang biasa-biasa je belajar daripada his own mistakes,
And orang bongok never learn anything.

So moh le jadi bijak adik adik sekalian.
Sila ada insurans yang boleh cover diri kita.

Especially those yang jadi tonggak keluarga. Kalau dah tunjang utama keluarga tak mampu bekerja or meninggal (Nauzubillah), siapa lagi nak diharapkan untuk sara keluarga?

At least dengan adanya insurans boleh la dapat sikit duit buat belanja.

And I learned that having an insurance is crucial especially bila kita sakit and nak dapatkan treatment di hospital pakar kerajaan sangat lah lambat.

And paling sedih, bila benda ni bukan jadi kat kau.Tapi dekat orang yang paling kau sayang.

Rasa tak berguna pun ada. Nasibbaik lah ada saving sikit boleh guna untuk kecemasan.

Tak dapat bayangkan kalau ada family yang susah. 

Letsay mak dia sakit, and they cannot afford the private hospital, appoinment dengan hospital kerajaan lambat, mak dah sakit kuat-

Sedih ke tak niiiii...????

Ujian

Lepas satu, datang satu lagi.

Belum selesai satu masalah, datang lagi masalah.

Ini memang waktu getir kami suami isteri.

Things are not that good for us.

Dengan kesihatan mak yang menurun-

Rasa macam nak meyorok bawah meja dan sembunyi.

Lari daripada semua masalah ni.

Tapi kalau aku lari, sapa pulak nak settle kan.

Takkan kucing jiran sebelah? Ikan tilapia dalan kolam kat rumah?

Hadap sajalah.

Apa yang jadi, pasrah.


Isnin, 11 Ogos 2014

Bila aku sedih..

After all these years, aku sedar that when I am in sorrow I tend to write more. Jari aku semacam lancar menulis. Betul kata orang, kebanyakan penyair berkarya waktu mereka sedih.

Bila aku gembira, aku lupa untuk menulis. Aku lupa untuk mencoret.
Tapi bila aku sedih, ini la tempat untuk aku mengadu meluah perasaan.

Apa yang aku dapat?
Followers?
Komen simpati?
Oranng dengki yang berpuas hati?
Nothing.

Aku hanya dapat kepuasaan. Semacam ada satu perasaan lega bila aku dah luah perasaan.
I have no other person to share my feelings with.
Blog bisu nilah tempat aku.
Ini dunia aku.

How to kill a person without committing a murder?



Tell a girl u loved her everyday for four years then leave her in an instance.


Congratulations. Now you have had her heart broken into pieces and left her with the deepest scars the time cannot heal.

Congratulations. Because of you, the world is no longer a place to live for the girl.

Congratulations. Now a soul has died.

Rest in pieces, heart.

This is how I die,

This is how I die,

While I was wandering along the pavement, a lorry lost its control and hit me hard on the head. I was diagnosed to be dead from bleeding.

This is how I die,
After the quarrels, I took a knife and stabbed my chest repeatedly.

This is how I die,
While I was wondering how could life be so unfair to me, suddenly a thunder strike me to death.

This is how I die,
I was cying in my sleep thinking of my loneliness when a robber broke into my house and killed me with a gun. I died while crying.

This is how I die.
Inside and out.

Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula..

-Inikan pula laki bini. Laki bini mana yang tak normal yang tak pernah bergaduh? That is so not normal. Bagi aku, gaduh biasa-biasa tu is quite normal. Tak mungkin dua individu yang berbeza dari segi cara fikir, rutin hidup, dan hobi ni boleh hidup bersama tanpa pertelingkahan.

Yes I do admit that kitorang laki bini ni bukanlah keluarga sakinah sangat.

Lagi-lagi berbinikan aku yang tak berapa nak penyabar. Kerukunan rumahtangga ni tak berapa nak rukun sangat.

Kesian laki aku.

Semalam pun gaduh lagi. This time aku rasa macam dah takde perasaan lagi dah. Tawar. Plain.

Silent treatment has never failed to kill me.

I am now dead.

Bila kau sembunyi dan bermain lari-lari,
Separuh aku sudahpun mati- fynn.

Yes I am literally dead.
Goodbye husband.

Ahad, 3 Ogos 2014

Ibu kandung vs Ibu mertua

Sapa yang korang rasa the best person dalam dunia? Bagi aku, orang paling banyak berkorban untuk aku ialah mak aku sendiri. Macam mana mak sanggup susah payah untuk aku, untuk adakan benda yang tiada. untuk bagi duit belanja tiap bulan.rasanya dah lama aku tak mintak duit kat mak rasanya.iyalah dah kahwin kan. malu pulak laki aku kalau bini asek mintak duit je.



aku ni bukanlah kategori yang ringan tulang sangat. tambah-tambah lagi bila badan macam Rikishi Phatu ni (i dont know how to spell. but if u happened to watch WWE or WWF u will know this fat guy. His faberet is tenyeh juboq kat muka orang. How inconsidered is that, knowing that that person might be suffocated).




tak ke lemas kalo kene hempap gini?


ok.back to the story. bila aku kene buat kerja rumah daripada menyapu, mop, cuci pinggan, cuci kain, sidai kain, masak- aku kadang-kadang naik hangin jugaklah.u name it, semua aku kena buat. asik-asik muka aku je yang kena. orang lain bersedap baring aku jugak yang kena banting tulang. tapi bila aku pikirkan balik, kalau mak yang buat, dia diam je tak berbunyi. tapi kalau aku yang buat, alamat boleh kemek la kuali aku kerjakan. ce bayangkan. sorang nak goreng telur amek kuali lain. nak masak megi kuali lain. arghhh tulis je ni pun aku dah tensen.

Dat was me di rumah ibu kandung. mengamuk bila penat buat kerja. 

but then, kat rumah mak mertua pun aku kena buat kerja jugak. tapi to my suprise takdelah buat aku buat pangai tarzan jeritkan sapa yang sepahkan kusyen. pandai pulak aku angkat diam-diam.padahal tiap-tiap macam tu, entahlah jerangkung mana ntah takde sivik and pemalas sangat.haha. maybe aku segan kot nak marah-marah.

And for me, yes ibu mertua and ibu kandung sangat berbeza. memang aku sedaya upaya nak bagi layanan yang sama. adil. tapi kasih sayang bukan sesuatu yang aku boleh paksakan. dari segi material wang ringgit memang boleh adil. tapi dari segi perasaan dan hati aku tak boleh paksa. apa yang aku boleh buat, adalah jaga hati dua-dua pihak agar takde yang kecik hati.


Emak sendiri yang dah jaga aku selama 24 tahun dan mama yang baru tak sampai 2 tahun aku kenal. mana nak sama kan? tapi dua-dua pon emak.