Selasa, 29 Mac 2011

untuk kaum XY

jangan lah terlalu mengaharapkan perempuan yang jelita kalau kamu sendiri tidak pernah mempunyai pipi yang tidak jemu ditumpangi jerawat batu.

janganlah terlalu mengharapkan perempuan yang sopan santun baik budi pekerti stok lalu bongkok hormat macam rukuk bila lalu depan orang tua-tua kalau kamu sendiri terpekik terlolong mencarut mengeji.

janganlah terlalu mengharapkan perempuan yang mahir dan rajin melakukan kerja rumah dan akan melakukan semua kerja daripada mencuci pakaian sehingga menanggalkan stoking anda walhal anda sendiri tidak pernah mencuci pinggan dan menjemur pakaian.

janganlah terlalu mengharapkan perempuan yang cantik tubuh badan berpotongan 34-26-34 kalau kamu sendiri tidak dapat dibezakan dengan perempuan yang sarat mengandung 8bulan.

Selasa, 22 Mac 2011

post mortem

otak beku disebabkan masalah2 kecil yang kemudian bernanah dan berulat.
bunyi agak jijik, dan itulah hakikat.

dalam hubungan seharian, tak kira dengan keluarga, kawan2, atau kekasih,
akan ada suatu ketika bila masalah2 kecil yang jika berlarutan dan dipendamkan akan menjadi nanah.dan jika tidak dirawat dengan segera akan pecah dan busuk.

jijik, memang jijik.
dan berterus terang adalah jalan yang terbaik.

dan ada juga benda yang lebih elok dibiarkan senyap begitu saja. seperti, kawan kau terkentut dalam bas yang sesak bagai sardin. tak perlu kau marah dia. melainkan setiap kali naik bas dia akan kentut.

mulut laju

dan apabila mulut yang berkelajuan kuasa kuda tak sama dengan kelajuan akal yang lembap, inilah padahnya.

#1
aku terjumpa dengan coursemate ak yang, mari kita namakan si-cantik-tapi-masam. masam itu bukan merujuk kepada bau badan, tapi muka yang ketat. pertama kali aku jumpa si-cantik-tapi-masam kat watercooler, masing2 pura-pura tak nampak.
 kali kedua terjumpa di tempat yang sama, dalam pukul 11 malam kot. alkisahnya dia senyum dekat aku dan:

si-cantik-tapi-masam : hai (senyum)
simulutlajuotaklembap(aku) : hai. asyik2 jumpa u je kan?

ok, aku bukan lah eksaited sangat nak tegur dia. tapi just nak berbahasa. tapi macam terkurang asam respons aku.

aku tak berani nak pandang respons dia. aku just bla sambil menyumpah2 watercooler tuh. tak pasal2.haha

Rabu, 16 Mac 2011

merah

sekarang baru aku perasan.
SEMUA selipar/kasut/wedges aku berwarna merah.

selipar aku ke toilet warna merah, untuk ke kuliah warna merah, untuk dipakai dalam bilik warna merah, wedges yang aku selalu pakai selama aku dating dengan Si Kening Lebat juga warna merah. dan dikuti dengan kasut sukan aku juga warna merah.

padahal aku claim aku suka warna hijau. pigidahhh..

Selasa, 15 Mac 2011

rangsangan

aku mudah dirangsang oleh buku-buku. lagi-lagi kalau buku yang murah-murah. si kening lebat pernah sekali sound aku. asyik nak baca free je.
aku akan masuk mana-mana bookstore yang benarkan pengunjung baca percuma. dan aku akan secara automatik bersila atas lantai. lalu si kening lebat terpaksa ikut aku. hehe. kena buli sekejap.

ape boleh buat. duit tak selebat bulu kening si kening lebat.
dalam kesibukan aku tadi, lepas presentation terus bergegas Naim dengan Aman jemput ke Alamanda.

dan seperti yang diduga, aku terangsang dengan buku-buku yang banyak.
dan aku lebih terangsang kerana MPH sedang mengadakan sales.

up to 70% discounts.

lagi la ghairah aku.

special thanks to Aman dan Naim yang bersusah payah memilih dan memegang dan mengira harga selepas diskaun untuk aku.hehe.

untuk buku yang sepatutnya berharga lebih kurang RM130, aku dapat dengan harga RM38.60.

aku beli sebuah kamus Spanish, sebuah kamus English, dan sebuah Grammar book.

kadang-kadang hidup ini indah juga.

Isnin, 14 Mac 2011

kerja

hidup aku sekarang ni berkisar pasal assigment, presentation, research. sampai satu tahap, nak keluar dating dengan Si Kening Lebat pun terpaksa fikir 4-5 kali. terpaksa menimbang buruk baik kalau keluar. terpaksa bukak kalendar, pangkah besar-besar due date assignment, exam, dan segala hal presentation.
haih. kesian Si Kening Lebat.
tapi lagi kesian dekat aku.

dan sekarang hampir tiada masa bersenang lenang membaca blog berjam-jam. terpaksa hadkan masa. sesuatu yang aku tak pernah buat dulu.
terpaksa atur masa untuk tidur, rehat, jogging, assigment, exam, dan kelas.

sekarang memang tidak ada masa untuk menonton movie di laptop langsung. dan sorry kepada kawan-kawan yang aku tolak ajakannya untuk keluar.
maaf aku bukan sombong malah jauh sekali hendak lupa kawan-kawan, tapi aku buntu waktu.

dan aku sudah 5 minggu tak balik rumah. dan ini mungkin explanation paling tepat kenapa aku cepat moody dan cepat terasa hati dan cepat naik angin.
sekali lagi kesian si kening lebat yang selalu terpinga-pinga dengan karenah aku.
sekejap gelak, sekejap menangis, sekejap marah, dan terus merajuk.
semuanya gara-gara koko pada setiap hari sabtu.


dan untuk pertama kali dalam hidup, aku harap aku ada lebih daripada 30 jam sehari.

mulut

pernah tak orang sekeliling kau yang kadang-kadang berperangai ikut mood? macam, kalau dia bergaduh dengan awek dia, abes laptop dihempas, pintu dibanting, muka dikerut.
pernah?

dan bila mood baik, awek dia tak buat perangai, habis manja dia menempek.

dan kau harus mengikut mood dia. jangan tegur dia sewaktu dia ada masalah dengan awek dia, dengan kawan dia, dengan tunang dia. kunci mulut kau rapat-rapat dan simpan dalam beg tangan.

dan bila dia sudah ceria, baru kau boleh keluarkan mulut kau yang dizip rapi dalam beg tangan, buat sedikit senaman, dan bercerita.

berapa kerap boleh kau tahan? sekali dua? lima belas kali? lapan ratus kali?